saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/11/2011

Taman permainan Air Papan perlu dibaiki


SEORANG pengunjung melihat kerosakan peralatan di taman permainan kawasan rekreasi di Kampung Air Papan, Mersing, baru-baru ini.


MERSING 14 Nov. – Taman permainan sepatutnya menjadi lokasi yang menarik khususnya kepada kanak-kanak untuk beriadah.

Namun begitu, sebaliknya berlaku bagi taman permainan yang terletak di kawasan rekreasi Kampung Air Papan di sini apabila kebanyakan peralatan permainan di kawasan itu didapati sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Antara peralatan permainan yang sudah ‘uzur’ adalah jongkang-jongkit dan buaian yang dipercayai sudah lama rosak tanpa dibaiki dan diselenggara sehingga kini.

Seorang pengunjung, Saiful Majid, 33, berkata, dia amat terkejut ketika membawa anak-anaknya ke taman permainan tersebut ketika berkunjung ke Pantai Air Papan di sini, baru-baru ini.

“Sepatutnya taman permainan itu hendaklah dijaga dengan baik dan peralatan permainannya diselenggara semula apabila sudah rosak.

“Saya berharap agar pihak yang berkenaan memantau perkara ini kerana bukan sahaja ia ‘menyakitkan mata memandang’ malah ia boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak yang bermain di kawasan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi pengunjung, Hamid Hamdan, 44, berkata, taman permainan tersebut sewajarnya dijaga dengan baik kerana ia juga menjadi salah satu tarikan kepada orang ramai yang berkunjung di pantai peranginan berkenaan.

Katanya, pihak yang berkenaan juga digesa untuk memperindahkan semula kawasan persekitaran taman permainan tersebut bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.