saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/11/2011

Dua jet enjin dibungkus atas arahan TUDM – Saksi

SHAH ALAM 14 Nov. – Seorang juruteknik di Airod Sdn. Bhd. memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau dan seorang rakan setugasnya bertindak mengunci dua kontena selepas dua jet enjin yang dikatakan dicuri dua tahun lepas selesai dibungkus dan dimasukkan ke dalam kontena itu pada dua tarikh berlainan.

Osman Abdullah, 52, yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan keempat berkata, dia dan Omar Itam mengunci kontena tersebut dengan menggunakan 34 bolt dan nat selepas ia ditutup dengan menggunakan kren oleh seorang lagi juruteknik, Hilal Mohd. Yusof.

“Jet enjin F5 dengan nombor siri E227718 dibungkus pada 21 Jun 2007 manakala enjin nombor E227856 pula dibungkus pada 25 September 2007.

“Semua ini tercatat dalam borang yang diisi untuk Airod buat tuntutan jam kerja. Selepas itu kedua-dua kontena dihantar semula kepada TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia),” katanya.

Saksi itu memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Sarjan TUDM, N. Tharmendran, 43, dan ahli perniagaan, K. Rajanprasad yang didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.

Menurut Osman, dia memulakan kerja-kerja membungkus enjin tersebut selepas mendapat arahan dan kebenaran daripada 12 Skuadron TUDM dengan membuka aksesori enjin yang perlu seperti adapter enjin dan transmitter tekanan minyak.

Katanya, ia diikuti oleh kerja-kerja untuk membolehkan keadaan enjin diikat di dalam kontena sebelum ia diangkat masuk ke dalam kontena dan dilekatkan dengan label berwarna kuning yang mengandungi nombor siri, jenis kerosakan dan lain-lain lagi.

“Bagi mengelakkan enjin berkarat, ia disembur dengan minyak OM10. Kemudian Hilal buat pemeriksaan sebelum kontena ditutup bagi memastikan keadaan enjin selamat untuk penghantaran,” jelas saksi.

Sementara itu, Hilal yang turut memberi keterangan hari ini pula menyatakan bahawa label yang dilekatkan pada kedua-dua enjin tersebut adalah label khas yang hanya dikeluarkan oleh Syarikat General Electrical untuk enjin tersebut.

Katanya, walaupun secara amnya jet enjin dan kontena itu tidak dapat dicamkan melalui foto-foto yang ditunjuk, ia boleh dipastikan melalui label yang tidak boleh dijumpai pada tempat atau barangan lain kecuali enjin jet jenis F5 sahaja.

“Dalam gambar susah nak dikenal pasti. Tetapi label ini tidak boleh direka oleh mana-mana syarikat. Ia dikeluarkan khas oleh satu syarikat dan dikhaskan untuk enjin jenis ini sahaja,” jelasnya semasa disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidi Mohd. Noh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.