saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/11/2011

Kes Taib Mahmud-Malaysiakini Januari depan

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini akan dibicarakan mulai minggu kedua Januari depan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang persetujuan penyelesaian.

Peguam Yee Mei Ken yang mewakili Abdul Taib selaku plaintif menyatakan, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan 9 hingga 12 Januari tahun depan untuk perbicaraan ketika kes itu disebut di kamar hakim di sini, hari ini.

Mei Ken yang dihubungi pihak media memberitahu, mahkamah turut menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.

Pada prosiding hari ini, peguam Fahri Azzat hadir mewakili Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan Diong Keng, yang dinamakan sebagai defendan-defendan.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman berkenaan setelah portal berita secara dalam talian itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan memfitnah beliau.

Plaintif mendakwa, artikel berbaur fitnah itu mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak dan boleh didakwa kerana melakukan jenayah.

Abdul Taib berkata, beliau telah meminta peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan, tetapi mereka gagal dan enggan memenuhi syarat surat berkenaan.

Beliau menuntut ganti rugi umum dan teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan, defendan berkata, perkataan yang terkandung dalam artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Defendan berkata, plaintif telah memperaku penerbitan artikel berkenaan dengan menyebut semula perkataan itu dengan membuat kenyataan secara peribadi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007.

Mereka mendakwa, pernyataan peribadi beliau itu kemudiannya disiarkan secara penuh oleh akhbar yang mempunyai liputan meluas di Sarawak, The Borneo Post pada 15 Mei 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.