saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/11/2011

Jumlah keanggotaan Ahli Parlimen Belia 222 orang - Ahmad Shabery

PUTRAJAYA 16 Nov. - Jumlah keanggotaan Ahli Parlimen Belia adalah sebanyak 222 perwakilan, bersamaan dengan jumlah kerusi di Parlimen sekarang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah itu adalah untuk memastikan Parlimen Belia yang menjadi wadah mewakili suara golongan tersebut akan mendapat perhatian kerajaan.

Beliau berkata, jumlah perwakilan kerusi itu juga akan mengalami pertambahan sekiranya berlaku perubahan kerusi di Parlimen sebenar.

"Anggota Ahli Parlimen Belia yang akan dilantik bakal menggunakan dewan Parlimen sementara sedia ada setelah ia dikosongkan nanti.

"Parlimen Belia itu nanti seterusnya akan dikendalikan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal Ke-28 Tahun 2011-2012 di Hotel Marriot Putrajaya di sini, hari ini.

Penubuhan Parlimen Belia itu merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam persidangan kali ini.

Pembentangan kertas kerja Parlimen Belia itu dipersembahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Ahmad Syammeil Mohamad Karim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.