saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/11/2011

Tol kekal hingga 2015

KUALA LUMPUR 16 Nov. Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Pada masa ini, kenaikan tol adalah PLUS (10 peratus setiap tiga tahun); ELITE (10 peratus setiap tiga tahun); Linkedua (25 peratus setiap lima tahun); BKE (15-25 peratus setiap lima tahun); dan Jambatan Pulau Pinang (10 peratus setiap lima tahun).

Pada taklimat media dan sidang akhbar mengenai cadangan pemerolehan itu di sini hari ini, Izzaddin berkata, PEB juga akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa dan pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.

Pembekuan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.

Tiada lanjutan tempoh konsesi bagi PLUS dan Linkedua yang akan berakhir pada Disember 2038, kata beliau.

Bagaimanapun, tempoh konsesi bagi ELITE, BKE dan Jambatan Pulau Pinang akan dilanjutkan kepada Disember 2038.

Tarikh tamat tempoh semasa ialah - ELITE (31 Mei 2030); BKE (27 Jun 2026); dan Jambatan Pulau Pinang (31 Dis. 2021).

Beliau berkata UEM dan KWSP juga dijangka menyelesaikan pemerolehan dan pemegang saham minoriti PEB akan menerima pembayaran mereka pada 31 Disember tahun ini.

Apabila selesai kelak, UEM akan memiliki 51 peratus perantara tujuan khas untuk pemerolehan berkenaan, PLUS Malaysia, manakala KWSP 49 peratus. BERNAMA

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.