saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 18/11/2011

Kepuasan berkorban di Kemboja


Ibadat korban di Kemboja memberi peluang umat Islam di sana menikmati daging sekurang-kurangnya sekali setahun.


Ibadat korban adalah antara amalan yang sangat dituntut melaksanakannya pada Hari Raya Aidiladha. Ia sebagai tanda bersyukur dan juga salah satu usaha taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Biarpun di Malaysia ibadat korban dilakukan di merata tempat baik di kampung, taman perumahan mahu pun di masjid-masjid, pengalaman berkorban di negara seperti Kemboja memberi kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Antara sebabnya, daging korban yang diagih-agihkan kepada masyarakat Islam di Kemboja amat dihargai. Ini kerana sebahagian besar umat Islam di sana hanya merasai masakan daging lembu atau kambing setahun sekali iaitu pada hari raya korban.

Ternyata suasana begini tentunya berbeza dengan yang dialami dalam negara. Majoriti umat Islam di Malaysia tidak perlu menunggu Aidiladha untuk menikmati daging lembu dan kambing.

Alhamdulillah, di atas limpahan rezeki dan nikmat menjadi penghuni bumi Malaysia yang tercinta ini.

Dianggarkan sebanyak 7,000 ekor lembu dan kambing disembelih dalam ibadat korban tahun ini di Kemboja melalui usaha pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi dan orang perseorangan.

Yang baiknya, penyertaan umat Islam didapati meningkat saban tahun sekali gus membuktikan bahawa Muslim di Malaysia semakin memahami tuntutan sunat muakkad melaksanakan ibadat korban ini.

Program Akademi Imam Syafie (AIS) yang bermula pada hari pertama Aidiladha pertama sehinggalah 13 Zulhijjah (bersamaan 9 November) membawa amanah 174 ekor lembu dan 40 ekor kambing untuk korban manakala lima ekor lembu dan 38 ekor kambing lagi untuk akikah.

Misi kali ini diketuai oleh Pengerusi AIS, Mohd. Zamerey Abdul Razak.

Turut serta, empat wakil rakyat Malaysia diketuai Khairudin Saad yang menyumbang tujuh ekor lembu dalam program korban itu.

Kerja-kerja menyembelih lembu dan kambing korban dimulakan sejurus selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Kg. Mak Prang, Wilayah Kampot.

Di sini, sebanyak 25 ekor lembu disembelih. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 penduduk kampung berdekatan yang turut sama membantu menumbang dan mengikat lembu.

Sepanjang empat hari, AIS melaksanakan ibadat korban dan akikah di 25 pusat yang ditetapkan. Kesemua pusat itu adalah masjid di mana wakil setiap kampung akan datang membantu kerja-kerja menyembelih dan seterusnya membawa pulang bahagian lembu masing-masing.

Antara yang paling mencabar adalah laluan ke Kg. Suwai Tnong, Wilayah Kg. Cham yang jarak masa perjalanan tiga setengah jam dari Pnom Penh pada hari tasyrik terakhir (9 November).

Sudahlah menaiki feri membelah Sungai Mekong, apabila tiba di seberang, terpaksa meredah laluan berliku dan berlecah kira-kira dua kilometer (km) kesan banjir dari Bangkok yang melimpah masuk ke Kemboja.

Bagaimanapun, semua halangan dan cabaran itu tidak melemahkan peserta misi. Bagi mereka ini barulah berkorban dalam erti kata sebenar.

Ibadat korban bukan hanya menyembelih binatang ternakan tetapi mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga menyebar luaskan kebaikan di muka bumi ini.

Imam Masjid ar-Rahman, Kg. Suwai Tnong, Sulaiman Mohd. Zin berkata, terdapat 220 keluarga Islam di kampung tersebut.

Katanya, setiap keluarga mendapat kira-kira 300 gram daging daripada enam ekor lembu yang disembelih oleh AIS.

"Pada hari raya pertama kami ada menerima tiga ekor lembu daripada Pejabat Mufti. Kalau dicampur semuanya setiap keluarga mendapat kira-kira 500 gram daging.

"Memang kami makan daging setahun sekali semasa Hari Raya Aidiladha," katanya.

Sementara itu, Zamerey mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan misi korban dan akikah tahun ini.

Katanya, jumlah lembu dan kambing yang dikorbankan tahun ini juga meningkat berbanding 126 ekor lembu dan 62 ekor kambing tahun lalu.

"Insya-Allah AIS akan meneruskan misi ini di tahun-tahun akan datang untuk memberi peluang umat Islam Malaysia khususnya melaksanakan ibadat korban dan akikah di Kemboja," katanya.

Sementara itu, Zamerey berkata, AIS turut menaja elaun 12 guru Fardu Ain dan guru al-Quran serta 10 daie (pendakwah) di Kemboja.

AIS membayar elaun RM120 ke RM150 sebulan kepada guru fardu ain, guru (RM180 ke RM450 sebulan) dan daie (RM180 ke RM300 sebulan).

Pelajar di Maahad Imam Syafie di Kampung Keh, Wilayah Kampot pula mendapat elaun kira-kira RM100 sebulan.

Selain itu, AIS turut menyalurkan elaun bulanan kepada 10 guru di Madrasah Islam Dubai, Kilometer (km) 9, Phnom Penh dan enam guru Madrasah Ihya'uddin, km 8, Phnom Penh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.