saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/11/2011

Muzium Kapal Selam Malaysia


Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 buatan Perancis diletakkan di tapak Muzium Kapal Selam Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka, semalam.


MELAKA 17 Nov. - Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis yang akan dijadikan Muzium Kapal Selam pertama negara selamat tiba di tapak muzium itu di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, pada pukul 4 petang hari ini.

Kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu tiba di jeti sementara Klebang kira-kira pukul 9.30 pagi setelah tiba di tanah air pada 13 November lalu dan bertolak dari sebuah kapal kargo di perairan Selat Melaka pukul 8.15 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ujud berkata, kapal selam seberat kira-kira 1,300 tan itu dibawa menggunakan tongkang yang dipasang treler gandar pelbagai yang mempunyai 480 tayar.

"Apabila tiba dijeti, kapal selam ini dibawa menggunakan multi axle trailer yang mempunyai 480 tayar sehingga tiba ditapak di Dataran 1Malaysia sejauh 1.7 kilometer dari jeti.

"Tugas kami selesai di situ dan selepas itu, kapal selam ini akan diuruskan oleh pihak kerajaan negeri. Ini bukan sahaja pengalaman pertama bagi kami, malah yang pertama di dunia membawa kapal selam berlayar di dalam kapal kargo khas dari Perancis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Felda Transport Services Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab mengangkut kapal berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu dari sebuah pelabuhan di Perancis, 12 Oktober lalu.

Kapal itu tiba di perairan Selat Melaka berhampiran Klebang di sini, 13 November lalu selepas 31 hari pelayaran.

Menurut Zainal, Agosta 70 digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangai satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.

"Kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009. Selepas itu, ia tidak digunakan lagi," tambahya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.