saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/11/2011

Trio memanah lunas

JAKARTA - Pingat emas yang dimenangi dalam kategori recurve berpasukan lelaki acara memanah semalam, menebus kekecewaan Cheng Chu Sian yang kalah kepada trio Thailand pada final acara tersebut di Laos dua tahun lalu.

Chu Sian, mengemudi trio negara memastikan pingat emas kategori tersebut bersama Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamarudin dengan merekodkan 219 mata selepas mengharungi empat pusingan.

Trio Olimpik negara mengalahkan trio Thailand, Witaya Thamwong, Komkrit Duangsuwan dan Denchai Thepna (215).

Kejayaan semalam bermakna trio negara merampas semula pingat emas kategori tersebut yang dimenangi pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Menurut Chu Sian, dia berpuas hati kerana menebus kehampaan setelah juga kalah kepada Thailand pada final acara tersebut di Laos.

"Memang saya mahu mengalahkan trio Thailand, yang dibarisi pemanah yang sama pada Sukan SEA di Laos.

"Saya gembira kerana akhirnya dapat kembali meraih emas acara ini," jelasnya.

Di Korat, Chu Sian menangi pingat emas acara tersebut bersama gandingan Mohd. Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz.

Menurut Chu Sian, walaupun mereka telah layak ke London, ia tidak memberikan tekanan dalam memburu pingat emas.

"Sebenarnya Thailand yang tertekan kerana mereka adalah penyadang juara dalam acara ini. Kami cuma beraksi seperti biasa dan sentiasa mengikut arahan jurulatih (Lee Hyung Jae)," tambah Chu Sian.

Sementara itu, Khairul gembira kerana meraih pingat emas pertama Sukan SEA, setelah dahulu hanya mampu meraih perak kategori individu lelaki kelmarin.

Sebelum itu, skuad recurve wanita negara yang dibarisi Nurul Syafiqah Hashim, Shahira Abd. Halim, Nur Amirah Mohamed gagal meraih sebarang pingat selepas tewas kepada trio Myanmar. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.