VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 19/11/2011

Istana Negara lama jadi muzium, hotel?

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang mengkaji kesesuaian Istana Negara lama untuk dijadikan Muzium Diraja Kesultanan Melayu atau Hotel Butik Khas untuk tetamu negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia telah diarah membuat kajian secara terperinci sebelum laporan diserahkan kepada Jemaah Menteri.

"Kementerian dalam masa yang sama akan mengambil pandangan beberapa pakar tentang muzium, perhotelan enam bintang dan sebagainya.

"Bagaimanapun, agak malang apabila isian tradisi istana telah banyak yang sudah tiada walaupun proses replika peralatan boleh dilakukan kemudian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kata beliau, laporan serta perakuan kepada Kabinet dijangka akan dibuat dalam tempoh tiga minggu lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.