saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/11/2011

Alif Hadi suka menyibuk?




SELEPAS Alif Satar dan Aliff Aziz, kini timbul pula satu nama baru dalam industri, Alif Hadi, 23.

Eh siapa pula Alif Hadi

ni?

Oh...‘budak baru’ yang menjadi pengacara program 24-7 yang disiarkan di rangkaian televisyen (TV) online KRU TV dan di Astro Ria (Astro 104) itu rupanya.

Lumrah hidup sebagai orang baru, Alif Hadi sebenarnya tidak terlepas daripada disakat dengan mulut-mulut nakal yang cuba mengaitkannya dengan gosip.

Didakwa bersikap poyo sehinggalah dituduh suka menjaga tepi kain orang, Alif Hadi ternyata terperangkap.

Amboi..boleh tahan juga si Alif hadi ni. Baru setahun jagung merasai nikmat dikenali, sudah pandai buat perangai.

Mungkin ini antara tanggapan mereka yang muak dengan perangai jelik sebegini dan Alif Hadi mungkin perlu melakukan sesuatu untuk berubah.

Kesempatan bertemu dengan empunya diri membolehkan Pancaindera mendapatkan pandangannya mengenai tanggapan orang tersebut.

Iyalah, kadang-kadang, apa yang orang sebarkan, kesahihannya belum pasti. Tak begitu?

Pertanyaan yang diaju berbalas dengan senyuman.

Anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini lebih suka menyifatkan segala tohmahan itu tidak lebih dari sekadar salah faham.

“Tak dinafikan, masa mula-mula saya mengacarakan program itu, saya agak kekok berbahasa Melayu dan lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris. Maka orang kata saya poyo,” katanya.

Mengakui kelemahannya ketika itu, cerita Alif semua itu berlaku disebabkan dia sudah terbiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Apalagi sepanjang dua tahun menimba ilmu di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom (UK) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, bahasa asing itu sudah menjadi makanan hariannya.

“Menjadi satu-satunya pelajar berbangsa Melayu di universiti tersebut yang majoritinya dipelopori oleh warga asing bukanlah mudah.

“Bahasa Inggeris adalah satu-

satunya bahasa yang menghubungkan kami setiap hari. Saya juga belajar menggunakan slang mereka.

“Jadi bila balik Malaysia, susah untuk saya ubah lidah saya kembali normal cakap bahasa Melayu. Bukan bermakna saya dah tak ingat asal usul. Janganlah salah faham pula.

“Itu semua hanya berlaku di awal tempoh saya mula-mula jadi pengacara. Selepas ditegur, saya ubah cara penyampaian saya secara perlahan-lahan. Sekarang saya dah tak kekok lagi,” katanya.

Terpaksa menyibuk

Menyentuh mengenai sikapnya yang didakwa gemar mencampuri urusan orang lain, Alif pantas menidakkan isu tersebut.

Kata Alif, dia punya alasan kukuh untuk bersikap demikian dan ia tidak lebih dari sekadar urusan kerjanya semata-mata.

Jelas lelaki berbintang Cancer ini, sebagai seorang pengacara, dia perlu mengambil tahu latar belakang seseorang selebriti atau artis yang akan ditemu bual dalam program kendaliannya sebelum penggambaran berlangsung.

Dan itu tidak bererti dia boleh dilabel sebagai seorang lelaki yang suka menjaga tepi kain orang.

“Dah memang kerja saya nak buat macam mana. Saya memang kena jadi mulut murai dan menyibuk sebab tugas saya sebagai pengacara bukan sekadar bercakap di depan kamera.

“Apa yang saya cakap perlu ada isi. Saya perlu tahu latar belakang termasuk isu-isu semasa tentang artis atau selebriti yang akan ditemu bual supaya taklah saya nampak ‘kosong’.

“Saya ada alasan kuat kenapa saya perlu menyibuk hal orang. Tapi tak bermakna saya ni memang suka jaga tepi kain orang sesuka hati. Salah tanggapan tu,” ujarnya membetulkan keadaan.

Peguam? Tak minatlah

Kenapa tidak teruskan kerjaya di bidang guaman ya? Sengaja diaju soalan begitu pada Alif kerana pastinya semua tertanya-tanya mengapa lelaki ini tidak berbuat demikian bukan?

Iyalah, jika tidak, untuk apa belajar setinggi itu kalau akhirnya bidang kerjaya yang dipilih tersasar jauh daripada apa yang digalinya selama ini.

“Pada awalnya memang minat nak jadi peguam. Tapi lepas beberapa tahun mendalami bidang perundangan dan memahami selok-beloknya, baru saya sedar yang saya tak meminatinya.

“Sekarang, saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan jenayah ekonomi di Kolej Universiti Help.

“Secara tak sengaja saya terjebak pula dalam bidang pengacaraan yang pada awalnya saya jadikan sebagai aktiviti sampingan.

“Tapi itulah, kita tak tahu kehidupan akan membawa kita ke arah mana. Kita cuma boleh ambil peluang yang ada dan gunakan sepenuhnya.

“Jika rezeki saya panjang dalam bidang seni, saya akan teruskan. Jika sebaliknya, saya akan gunakan ijazah yang saya ada sebagai pelan B,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.