saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/11/2011

Hikayat Merong Mahawangsa Filem Terbaik FFM24

PUTRAJAYA 20 Nov. - Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang menepati tema Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) iaitu Gemilang Filem Malaysia diangkat sebagai pemenang kategori Filem Terbaik pada festival itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam ini.

Filem arahan Yusry Abdul Halim itu yang menewaskan saingan terdekatnya, filem KL Gangster dan Hantu Kak Limah Balik Rumah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM25,000, trofi serta sijil yang disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Sementara itu, Syamsul Yusof pula merangkul kategori Anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil pada FFM24 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima.

Selain dua anugerah itu, Anugerah Gemilang Perdana turut memberi 13 lagi anugerah kepada pemenangnya iaitu Shaheizy Sam yang merangkul kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem Kongsi; Eja Janin (Pelakon Wanita Terbaik); Sofi Jikan KL Gangster (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik); Faezah Elai Cun (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik); Anuar Paharudin Hikayat Merong Mahawangsa (Penataan Seni Terbaik); Mohd. Noor Mohd. Kassim Hikayat Merong Mahawangsa (Sinematografi Terbaik); Syamsul Yusof KL Gangster (Lakon Layar Terbaik) dan Martias Mohd. Ali Libas (Cerita Asal Terbaik).

Turut meraih anugerah menerusi Anugerah Gemilang Perdana ialah Hisyam Jupri dan Rizal Ashref KL Gangster (Penataan Bunyi Terbaik); Syamsul Yusof dan Hisyam Jupri KL Gangster (Penyunting Terbaik); Rosada Abdul Hamid Hikayat Merong Mahawangsa (Pereka Kostum Terbaik); Edry Abdul Halim Hikayat Merong Mahawangsa (Skor Muzik Asal Terbaik) dan KL Gangster (Filem Box-Office Terbaik). Masing-masing menerima wang tunai RM15,000, trofi dan sijil.

FFM24 yang pertama kalinya dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu turut memberikan tiga pemenang untuk Anugerah Perdana Khas yang dimenangi oleh filem Kongsi (Filem Pilihan Penonton Astro), Datuk Michelle Yeoh (Pencapaian Gemilang) dan Tan Sri Dr. Jins Shamsudin (Pencapaian Sepanjang Hayat) dengan menerima hadiah berupa trofi.

Dalam pada itu, FFM24 yang mempertandingkan 41 filem cereka, 30 filem pendek, sembilan filem animasi dan enam filem bukan bahasa Melayu turut memberikan empat Anugerah Khas Juri kepada Sidek Husin filem Libas, Allahyarham Zami Ismail dan filem Janin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.