saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 21/11/2011

Kerana Obama supir tercari-cari ‘jalan pulang’

MACET... di sana sini macet (sesak). Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit akhirnya mencecah hampir satu jam. Begitulah gara-gara pergerakan kenderaan tersekat atau jammed sehingga memaksa supir (pemandu) tercari-cari jalan pulang.

Lorong atau ‘jalan tikus’ habis diredah untuk mencari jalan pulang ke hotel. Berjaya tetapi mengambil masa hampir satu jam. Suasana macet ini dapat dilihat setiap kali berlaku pergerakan pemimpin negara anggota ASEAN dan rakan-rakan dialognya khususnya melibatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Tanggal 17 November lalu, penulis dan rakan-rakan yang membuat liputan sidang akhbar Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Hotel Westin, Nusa Dua Bali (NDB) turut ‘terperangkap’ dalam macet ketika mahu pulang ke hotel Courtyard Marriot.

Jalan yang sempit menyebabkan pergerakan kenderaan di kawasan pariwisata NDB terpaksa dihentikan seketika. Semuanya disebabkan penutupan jalan bagi memberi laluan kepada Obama yang baru tiba dari Australia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Bali, daerah yang mendapat gelaran sebagai Pulau Dewata itu.

Pada petang ketibaan Obama itu, semua kenderaan yang sedang bergerak di arah berhenti dan mematikan injin kenderaan kerana menurut polis, penutupan jalan mengambil masa yang lama. Dengan jalan yang sempit, pergerakan kenderaan amat terbatas dan penutupan terpaksa dilakukan. Sememangnya amat perit bagi pengguna jalan raya terutama para pelancong yang menginap di kawasan berkenaan apabila persekitaran penginapan mereka menjadi pilihan persidangan seumpama itu.

Pemilik premis perniagaan termasuk di Bali Collection di kawasan Nusa Dua juga merungut kerana tidak ramai pelancong yang ‘lepas masuk’ ke kawasan itu.

Malahan seorang pemandu teksi ketika dalam perjalanan dari lapangan terbang bertanya kepada penulis kenapa Bali menjadi pilihan? Penulis tidak dapat menjawabnya kerana belum ‘mengenali’ Bali. Tetapi bagi penulis, keadaan seperti itu akan berlaku di mana-mana sahaja persidangan seumpama itu dilangsungkan, bukan sekadar di NDB.

Semuanya disebabkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan terutama pemimpin-pemimpin utama negara. Setiap negara ada cara tersendiri untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) selaku Pengerusi ASEAN sebelum ini telah menegaskan keselamatan merupakan aspek penting bagi memastikan kelancaran sidang itu.

Bukan setakat pergerakan di atas jalan raya yang menimbulkan masalah tetapi juga kawalan ketat berlaku di pusat media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Nusa Dua Bali (BNDCC), pintu masuk utama semua hotel dan sebelum memasuki lobi hotel.

Setiap kenderaan akan diperiksa termasuk mengesan sebarang senjata. Ada juga hotel yang menggunakan anjing pengesan. Ruang injin, bonet dan dalam kereta juga diperiksa. Beg akan dibuka. Tanda nama juga amat penting. Lebih mudah jika di leher tergantung lencana yang mengesahkan anda sebagai delegasi sidang kemuncak itu. Tetapi bagaimana pula dengan pelancong?

Menurut satu laporan, seorang pelancong yang kenderaannya tersekat untuk memasuki hotel penginapannya gara-gara tidak mempunyai lencana sidang kemuncak itu. Walaupun beliau cuba meyakinkan dan disahkan oleh supir dengan menunjukkan kunci bilik hotel tetapi tidak diterima.

Pelancong itu kemudiannya agak ‘berang’ dan bertanya adakah setiap pelancong perlu memohon lencana ASEAN? Tetapi anggota polis itu hanya menjawab, beliau sekadar menjalankan tugas.

Mungkin maklumat atau arahan yang diterima anggota pasukan keselamatan berhubung tahap pemeriksaan sebelum kebenaran memasuki kawasan hotel itu tidak jelas. Akhirnya pihak pengurusan hotel campur tangan.

Macet sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 itu bukan sekadar di jalan raya malahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali, Ngurah Rai. Beberapa hari sebelum sidang itu bermula, terdapat beberapa pesawat terpaksa menunggu giliran di udara sebelum dibenarkan mendarat.

Selain 10 ketua negara ASEAN dan Obama, beberapa pemimpin utama yang hadir termasuklah Perdana Menteri China, Wen Jiabao, Julia Gillard (Australia), Manmohan Singh (India), Yoshihiko Noda (Jepun), dan Presiden Republik Korea Lee Myung-bak.

Di Grand Hyatt, ketika mahu meliputi pertemuan Najib dan Obama, pemeriksaan juga dilakukan oleh pasukan yang dibawa khas dari Amerika Syarikat. Pihak media terpaksa melalui beberapa pemeriksaan keselamatan. Setiap beg yang dibawa wartawan atau jurugambar akan diperiksa oleh anggota pasukan keselamatan. Anjing juga turut digunakan untuk ‘menghidu’ sebarang barang bahaya atau terlarang.

Begitulah keutamaan terhadap keselamatan yang dilakukan di NDB. Difahamkan, Indonesia menempatkan sejumlah 15,000 anggota pasukan keselamatan bagi memastikan keselamatan sidang kemuncak itu. Turut ditempatkan dalam keadaan bersiap sedia ialah pesawat dan kapal perang.

Dan setelah beberapa hari di NDB, maka penulis mungkin boleh menjawab soalan pemandu teksi tadi.

Paling utama tentulah Bali mempunyai kemudahan pusat konvensyen dan sejumlah hotel atau resort NDB yang dapat menampung jumlah delegasi yang ramai. Di situ ada dua pusat konvensyen dan sejumlah hotel bertaraf lima bintang.

Kedudukannya dalam satu kawasan yang memudahkan penutupan pintu keluar masuk kawasan itu amat strategik. Ini akan memudahkan kerja pasukan keselamatan. Dan pada masa yang sama kawasan di luar Nusa Dua tidaklah terjejas. Pemeriksaan diperketatkan terhadap mereka yang hanya mahu ke Nusa Dua.

Keadaan tentulah lebih rumit jika sidang kemuncak seperti itu diadakan di tengah-tengah kota yang sibuk. Sebenarnya memang perit menyambut kehadiran pemimpin dunia terutama yang ‘berprofil’ tinggi ini.

Agaknya jika di Malaysia, di manakah lokasi yang paling sesuai? Putrajaya atau Pulau Langkawi? Kuala Lumpur pernah beberapa kali menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam.

Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN pada 2015, tahun sasaran untuk mencapai Komuniti ASEAN. Mungkin pengalaman di Bali dapat membantu Malaysia.

Apa pun semalam, NDB beransur-ansur kembali ‘aman’. Menjelang tengah hari, SBY sebagai tuan rumah menjadi pemimpin terakhir berangkat meninggalkan NDB. Selamat tinggal Bali. Kita jumpa di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan malam ini untuk menyaksikan siapa miliki emas bola sepak Sukan SEA XXVI. Adakah kekal milik Malaysia atau tuan rumah, Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.