saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/11/2011

2,000 peluang kerja ditawarkan oleh Lynas

KUANTAN 20 Nov. - Pembukaan kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang di samping bakal merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, buat permulaan Lynas telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir.

"Selain itu kami turut mengambil 250 pekerja kontrak untuk bekerja di sini sebagai kumpulan sokongan kepada syarikat ini. Malah, semua kakitangan Lynas termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali empat pakar nadir bumi dari China," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang tersebut di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini kelmarin.

Tambah beliau, industri sokongan juga akan menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan tambahan kepada penduduk.

"Malah, kami juga menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan," katanya.

Jelasnya, pada fasa pertama pembinaan kilang itu, pihaknya telah mengeluarkan modal pelaburan sebanyak RM1.39 bilion dengan RM618 juta telah dibelanjakan di Malaysia.

Katanya, ini termasuk memberi projek kepada kontraktor di Kuantan sebanyak RM235 juta.

"Bagi fasa kedua pula, kami akan mengeluarkan pelaburan sebanyak RM700 juta yang mana separuh daripadanya akan dibelanjakan di Malaysia.

"Dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh Lynas ini bukan sahaja menguntungkan orang ramai malah akan meningkatkan ekonomi Pahang dan Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.