saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/11/2011

Pinjaman 1MDB tidak bawa kerugian - PAC

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Siasatan awal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Parlimen hari ini mendapati pinjaman yang diberi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat PetroSaudi International Limited sebanyak RM3.5 billion tidak membawa sebarang kerugian.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, urus niaga berbentuk pinjaman itu merupakan strategi 1MDB yang membolehkan syarikat itu memperolehi nilai pulangan yang tinggi berterusan selama 11 tahun.

"Setakat ini pelaburan itu tidak membuat kerugian, malah nilai itu meningkat dan mereka mendapat dividen.

"Pinjaman itu mungkin satu strategik mereka yang membolehkan syarikat itu mendapat pulangan berterusan selama 11 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen, hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Menurut Azmi, siasatan dibuat selepas PAC menerima surat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta jawatankuasa tersebut menyiasat urus niaga melibatkan dua syarikat itu.

Jelasnya, PAC akan memanggil semula wakil 1MDB tersebut bagi mereka mengemukakan beberapa dokumen lain berkaitan urus niaga itu pada Januari depan.

"Kita masih memerlukan beberapa dokumen untuk dilihat oleh PAC kerana masih ada soalan yang timbul dan mereka janji akan mengemukakannya," tambahnya.

Mengulas mengenai pertemuan PAC dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) esok, Azmi memberitahu, pertemuan itu akan melibatkan wakil dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ditubuhkan pada 2009, 1MDB adalah syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab memacu pembangunan ekonomi lestari secara jangka panjang melalui penubuhan perkongsian strategik secara global dan meningkatkan pelaburan langsung asing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.