saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 23/11/2011

304 guru pelatih berbakti di Felda Lubuk Merbau


Halili Dolhan (kanan) melawat pameran Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau pada majlis Program Semarak Rukun Negara - Jom Ke Felda di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, baru-baru ini.


PADANG TERAP 22 Nov. - Seramai 304 guru pelatih dari 19 kampus Institut Pendidikan Guru menyertai program Semarak Rukun Negara-Jom ke Felda yang diadakan di Felda Lubuk Merbau di sini.

Rektor institut itu, Datuk Dr. Halili Dolhan berkata, program tersebut merupakan satu program yang dirancang untuk membentuk generasi guru yang mempunyai cita-cita tinggi mendidik anak bangsa.

"Bakal guru generasi kini dan masyarakat setempat juga perlu mempunyai pemahaman terhadap gagasan 1Malaysia.

"Pihak kami berharap menerusi program ini, guru pelatih akan menjadi ejen perubahan utama yang akan dapat menghayati konsep dan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Semarak Rukun Negara-Jom ke Felda di Felda Lubuk Merbau di sini kelmarin.

Menurutnya, latihan pendidikan yang mantap seperti dirancang dalam program itu adalah usaha terbaik supaya pendedahan tentang prinsip Rukun Negara kepada golongan pelajar akan dapat diterapkan.

"Kita yakin selepas program ini mereka akan memahami prinsip Rukun Negara lebih-lebih lagi kami mendapat 500 buku Rukun Negara, 900 buku konsep gagasan 1Malaysia dan lain-lain buku yang disumbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Semasa di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan," ujarnya.

Tambahnya, program itu yang diadakan di Felda Lubuk Merbau turut melibatkan program anak angkat pelbagai keturunan dan diharap dapat memupuk perpaduan.

"Menerusi program ini 150 keluarga telah dikenal pasti menerima dua atau tiga anak angkat daripada pelbagai kaum. Pihak kami amat berharap semua peserta program ini akan mengambil peluang untuk menghayati semangat Rukun Negara," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.