saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/11/2011

Undang-Undang Perhimpunan Aman perlu untuk elak demonstrasi

24/11/2011 5:26pm

BANDAR BAHARU 24 Nov. - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dua hari lepas perlu mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen kerana ia akan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang itu menunjukkan kesediaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dan halangan tetapi dalam keadaan terkawal.

"Ini sepatut dilihat sebagai perkembangan proses transformasi politik yang lebih besar, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyerahan secara simbolik wang RM100 kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah agama di Dataran Serdang di sini hari ini.

Katanya, jika pembangkang tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan undang-undang baru itu, ia mungkin diandaikan mereka melihat ia sebagai sekatan dan halangan untuk mereka.

"Ada perlakuan mereka tidak disenangi rakyat seperti demonstrasi jalanan. Dengan rang undang-undang baru ini, demonstrasi jalanan tidak dibenarkan. Kalau nak suarakan, (mestilah) ikut peraturan... ini sudah disediakan ruang lebih luas untuk rakyat suarakan pandangan, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.