saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 28/11/2011

Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah Selangor

SHAH ALAM 27 Nov. - Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor.

Beliau yang kini berusia 63 tahun dipilih menerima anugerah itu ekoran sumbangannya dalam menyebarkan syiar Islam di negeri ini.

Anugerah berkenaan disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili kekandanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ismail berkata, beliau bersyukur kerana dipilih untuk menerima anugerah tersebut.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dipilih untuk menerima anugerah ini dan untuk itu saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang memilih saya untuk menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 2011 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mufti Negeri, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Dalam pada itu, Ismail turut memberitahu kepada pemberita mengenai keadaan kesihatannya yang kini semakin beransur pulih.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya kini semakin pulih dan saya sudah kembali berceramah seperti dulu cuma kini saya tidak lagi mampu berdiri lama," ujarnya.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran makanan Cina Muslim, Muhammad Chan Abdullah tidak menyangka dia dipilih untuk menerima Tokoh Saudara Kita 2011 memandangkan beliau baru empat tahun memeluk agama Islam.

"Selepas menerima surat daripada JAIS yang mengatakan saya dipilih untuk menerima anugerah ini, saya seakan tidak percaya kerana saya hanya memeluk Islam pada 2007.

"Bagaimanapun saya bersyukur kepada Allah kerana dipilih sebagai penerima anugerah ini," katanya yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam kerana berasa syahdu setiap kali mendengar azan berkumandang.

Dalam majlis sama, bekas guru agama, Said Husin menerima anugerah Tokoh Keluarga Mithali 2011 manakala Tokoh Aktivis Masyarakat 2011 diterima oleh Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamaluddin Elias dan Persatuan Institusi al-Quran Negeri Selangor pula menerima Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela 2011.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.