saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 29/11/2011

Xra Power mampu tingkat prestasi enjin


Md. Noor Pitchay menunjukkan beberapa produk keluaran syarikatnya yang kini mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Minyak pelincir kenderaan generasi baharu, Xra Power mampu meningkatkan prestasi enjin selain menawarkan penjimatan kepada pengguna.

Minyak keluaran usahawan bumiputera itu adalah 30 peratus lebih murah berbanding minyak pelincir kereta yang terdapat di pasaran ketika ini.

Pengarah Urusan Xtra Attitude Sdn. Bhd. (Xtra Attitude), Md. Noor Pitchay berkata, walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada pesaing, tetapi kualitinya adalah setanding jika tidak lebih baik lagi.

''Kami telah melakukan ujian geseran FELEX terhadap Xra Power dan prestasinya lima kali lebih baik berbanding pesaing kerana memiliki Formula MAS (Metal Treatment, Additive, Synthetic).

''Xra Power menggunakan 100 peratus teknologi Jerman dan telah menerima pengiktirafan daripada United Kingdom Accreditation serta melepasi piawaian Eropah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, Xra Power merupakan minyak enjin alternatif terbaik kepada pengguna yang kini semakin terbeban dengan kenaikan harga minyak enjin jenama terkenal termasuk kos servis.

Tambahnya, Xra Power mampu mengurangkan bunyi deruman enjin, meningkatkan kuasa pecutan dan hanya perlu ditukar selepas digunakan sejauh 15,000 kilometer.

Md. Noor berkata, beliau telah bekerjasama dengan Koperasi Muslimin bagi memudahkan pengembangan pasaran Xra Power ke seluruh negara bermula tahun ini.

''Kami menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus kepada ahli Koperasi Muslimin sebagai menghargai sumbangan koperasi berkenaan mempromosikan Xra Power,'' katanya.

Minyak Xra Power didatangkan dalam dua jenis iaitu Synthetic Gold 10W/50 SM-CI-4 berharga RM137 dan Mineral Base 20W/50 SM/CI-4 berharga RM63.

Pelanggan yang berminat mencuba Xra Power boleh berkunjung ke pusat jualan yang terletak di Plaza Suria, Damansara Damai, Petaling Jaya atau menghubung talian 019-4568490.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.