saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 30/11/2011

Makam Diraja Kedah jadi tarikan pelancongan

BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menjadikan Makam Diraja Kedah yang terletak di Kampung Kota dekat sini, sebagai produk pelancongan buat tatapan generasi muda.

Pengarahnya, Suhaidi Shukri berkata, kawasan itu yang sebelum ini terbiar dan dipenuhi lalang akan dipulihara bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri tapak warisan sejarah Kesultanan Melayu Kedah yang masih wujud hingga ke hari ini.

"Pihak muzium akan menjadikan kawasan ini sebagai khazanah warisan Kedah dan ia akan dibaik pulih serta kawasan sekitarnya akan dibersihkan.

"Kami akan berbincang dengan Jabatan Warisan Negara untuk melantik pihak yang akan menjaga dan memelihara kawasan makam yang berusia lebih 200 tahun ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi ziarah Tengku Temenggong Kedah, Tuanku Sallehudin Sultan Badlishah ke makam berkenaan, semalam.

Dipercayai terdapat lapan makam kerabat diraja Kedah di kawasan itu namun, hanya lima ditemui.

Kerja-kerja bagi mengesan kedudukan tiga lagi makam yang telah tertimbus dalam masa terdekat.

Dua daripada makam kerabat diraja tersebut yang dikenal pasti bersemadi di situ adalah Makam Putera Diraja Kedah ke-20, Tunku Sulaiman Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah dan saudaranya, Tunku Kutam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tunku Sulaiman dikatakan menduduki Kampung Kota sekitar 1804 hingga 1845 bagi mengasingkan diri dari terlibat dengan krisis perebutan takhta Sultan Kedah ke-22 ketika itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.