saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2011

Isa Samad: Jangan jadi pengkhianat negara


Isa Samad bertanya pengalaman kepada dua kanak-kanak yang baru selesai berkhatan sewaktu majlis berkhatan beramai-ramai anak warga Felda yang dikelolakan oleh Yayasan Felda di Jalan Semarak, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Mana-mana pihak yang cuba menolak atau menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia adalah dianggap pengkhianat negara dan menghalang peneroka dari terus maju.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta peneroka Felda supaya melihat isu penyenaraian itu daripada perspektif positif dan terbuka kerana pelaburan itu pada masa sama dapat mengekalkan pegangan asetnya.

Menurutnya, penyenaraian di pasaran Bursa Malaysia hanya melibatkan 350,000 hektar tanah milik Felda Plantations dan bukan tanah milik mana-mana peneroka.

"Kita tidak mengusik seinci pun 500,000 hektar tanah perladangan yang dimiliki oleh peneroka.

"Apa yang kita buat adalah baik untuk peneroka, baik untuk Felda dan baik untuk negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Khatan Perdana untuk anak petugas kumpulan Felda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai reaksi negatif berhubung penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana Mohd. Isa disifatkan cuba menyembunyikan maklumat asas penyenaraian itu.

Dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk menyenaraikan salah satu syarikat perniagaan global Felda iaitu FGVH dalam bursa untuk menjadi sebuah syarikat berstatus konglomerat global .

Mohd. Isa juga berkata, isu pertikaian jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda juga tidak seharusnya timbul kerana beliau baru saja menerima surat pengesahan jawatan, dua hari yang lalu.

Ditanya sama ada beliau akan memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan menghina Ketua Peneroka Felda, Shamsuddin Othman ketika sesi penerangan kepada perwakilan di Kuala Pilah baru-baru ini, beliau berkata:

"Tidak, ini bukan caranya untuk menyelesaikan konflik dalaman. Tindakan ini langsung tidak sesuai. Dia (Shamsuddin) seharusnya datang berkomunikasi dengan saya.

"Tambahan pula dia tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat yang diadakan lewat ini."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.