saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/12/2011

Jeffrydin jadi bomoh sambilan


PADA usia 64 tahun Jeffrydin masih segak bergaya.


PENYANYI berusia 64 tahun ini bukan setakat berbakat dalam bidang seni suara, tetapi dia juga mempunyai kebolehan mengubati pesakit yang terkena perbuatan makhluk halus.

Jeffrydin telah mengamalkan ilmu perubatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sejak lebih 20 tahun lalu dalam kaedah merawat para pesakitnya.

Biarpun telah terbabit dalam kaedah rawatan alternatif sejak hampir dua dekad lalu, tetapi menurut bapa kepada tiga anak ini, dia tetap menerima undangan menyanyi di merata-rata tempat.

"Selain menyanyi sepenuh masa, saya juga membuat kerja sambilan mengubati orang sakit menggunakan ayat-ayat al-Quran. Tidak ramai yang tahu perkhidmatan yang saya lakukan ini kerana biasanya yang datang berubat terdiri daripada mereka yang rapat dengan saya.

"Antara perkhidmatan yang saya beri ialah seperti mengubati kanak-kanak yang terkena sampuk hantu ataupun mengurut anggota badan kerana terseliuh. Bagaimanapun, saya semakin kurang mengurut kerana apabila semakin tua, tenaga saya semakin berkurangan," katanya kepada S3.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Seruling Anak Gembala ini, dia banyak mempelajari ilmu perubatan tradisional dan mengurut itu daripada arwah neneknya, Siti Hassan.

Pada mulanya, dia hanya mempelajari ilmu itu sekadar suka-suka dan bagi tujuan keperluan dirinya sendiri. Bagaimanapun, tambah Jeffrydin, lama kelamaan kebolehannya sebagai bomoh dalam ilmu perubatan tradisional itu tersebar luas di merata-rata tempat.

Dia kini sering menjadi buruan mereka yang menghadapi masalah penyakit batin selain tidak menang tangan memenuhi undangan menyanyi di persembahan pentas di merata-rata tempat seluruh negara.

"Ilmu perubatan tradisional ini saya pelajari daripada arwah nenek saya yang berasal dari Banyu Emas, Pulau Jawa. Sewaktu hayatnya, arwah nenek saya itu banyak memperturunkan ilmunya kepada saya. Saya pelajari daripadanya sedikit demi sedikit.

"Dapatlah saya belajar ilmu seperti mengurut daripada arwah nenek saya yang meninggal dunia lebih 15 tahun lalu di mana ketika itu usianya mencecah 120 tahun. Biasanya saya akan mengubati pesakit yang betul-betul memerlukan bantuan daripada saya," ujarnya.

Bagi memastikan dia sentiasa sihat dan cergas, Jeffrydin amat menitikberatkan soal menjaga kesihatan di mana dia banyak bersenam dan bersilat sewaktu berada di rumah. Apatah lagi, dunia persilatan yang diceburinya sewaktu zaman remajanya bukanlah asing buatnya.

Bersenam dan bersilat merupakan rutin harian penyanyi bersuara lemak merdu ini di mana tidak hairanlah aktiviti-aktiviti itu bukan sahaja menjadikannya kelihatan sentiasa cergas, malah ramai yang tidak percaya usia bentuk fizikalnya seakan-akan tidak sepadan dengan usianya.

"Kalau hendak menyanyi saya perlukan stamina dan penampilan diri yang menarik. Kalau tidak bagaimana saya mahu menarik perhatian para penonton. Begitu juga dengan kesihatan kerana kalau saya sendiri tidak sihat bagaimana saya mahu mengubati orang lain?

"Sebab itu, saya mengamalkan banyak petua antaranya saya akan bersenam dan bersilat pada setiap pagi sebelum mandi selama hampir sejam. Saya amalkan petua ini sejak 10 tahun lalu dan ia banyak memberi kesan positif kepada kesihatan saya selama ini," katanya.

Jeffrydin kini dalam proses merakamkan album barunya di bawah terbitan syarikat rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd., milik komposer Datuk M. Nasir.

Katanya, terdapat empat lagu antaranya berjudul Debaran Cinta ciptaan Azmeer yang dinyanyikannya secara duet dengan kumpulan One Nation Emcees dengan menampilkan elemen muzik pop yeh-yeh dan moden di mana ia akan berada di pasaran tidak lama lagi.

"Itu adalah penampilan lagu terbaru saya. Sebelum ini pada tahun 2004 saya merakamkan beberapa buah lagu antaranya Pertemuan dan Siapakah Di Hati tetapi sayangnya ia jarang disiarkan di radio. Saya harap lagu terbaru saya itu nanti sambutannya lebih baik lagi.

"Ini kerana, selain lagu-lagu lama saya yang masih diminati ramai, saya juga memerlukan lagu-lagu baru pada persembahan-persembahan yang saya adakan di seluruh negara," jelas anak kacukan Jawa, Arab dan Cina yang dilahirkan di Sophia Road, Singapura ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.