saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/12/2011

Tuanku Aishah Rohani diisytihar Canselor kedua USIM

03/12/2011 6:15pm

PUTRAJAYA Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani almarhum Tengku Besar Mahmud diisytiharkan sebagai Canselor kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis konvokesyen kesembilan universiti tersebut hari ini.

Perisytiharan tersebut diumumkan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Baginda bertitah bahawa seharusnya semua pihak harus sedar dan menghargai atas segala usaha kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pengajian Tinggi ke arah membangunkan negara dengan membangunnya lebih banyak universiti dan kemudahan prasarana yang sempurna.

"Dengan adanya sokongan kerajaan ini, maka lebih banyak graduan dapat dilahirkan setiap tahun. USIM sendiri, setelah lebih 10 tahun membangun adalah merupakan salah satu institusi Islam yang disegani dirantau Asean ini.

"Pancapaian graduan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum dan juga hubungan antarabangsa, adalah satu tanda ukur bahawa USIM seterusnya mampu mengorak langkah lebih maju dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi dan wawasan kerajaan Malaysia, kata baginda ketika bertitah pada majlis tersebut.

Seramai 1,196 orang graduan dianugerahkan ijazah dalam bidang masing-masing pada majlis konvokesyen ini. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.