saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/12/2011

Hudud timbulkan salah faham


FATHUL Bari Mat Jahaya (kiri) memberi penjelasan berkaitan isu hudud di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee (tiga dari kanan). - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan mempunyai pelbagai kesalahan dan akibat daripada itu timbul salah faham masyarakat bukan Islam terhadap hukuman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya justeru berkata, setiap kesalahan itu perlu kepada pembetulan dan selagi ia tidak diperbetulkan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, satu lagi perkara perlu diberikan perhatian hudud tidak boleh didatangkan dalam bentuk versi kerana ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

''Penjelasan mengenai takzir dan qisas yang juga merupakan cabang dalam hukum jenayah Islam juga perlu diperluaskan dan masyarakat bukan Islam wajar diberi penerangan mengenai hukum Islam secara keseluruhan berperingkat-peringkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya punca berlakunya salah faham masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.

Dalam pada itu ketika menjadi ahli panel dalam Forum Awam: Hudud dan implikasi terhadap orang bukan Islam di Wisma MCA, di sini hari ini

Fathul Bari berkata, hukum di dalam Islam bukan setakat hukum hudud sahaja malah ia membabitkan tiga hukum paling utama iaitu akidah, syariah dan akhlak.

''UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ini adalah hukum Allah tetapi doktrin yang ditanam oleh Pas telah menyebabkan masyarakat awam termasuk orang bukan Islam sering mengaitkan hukum Islam dengan perlaksanaan hukum hudud sedangkan ia turut mengandungi hukum takzir dan qisas.

''Masyarakat juga gagal diberi pemahaman bahawa hudud bertujuan untuk mencegah satu-satu perbuatan jenayah itu daripada berlaku dan satu lagi hukuman berkaitan hudud ini bukan mudah untuk dijatuhkan kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat yang begitu ketat,'' katanya.

Forum tersebut dirasmikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Fathul Bari berkata, walaupun Malaysia tidak melaksanakan hudud itu tidak bermakna negara ini dikatakan gagal melaksanakan hukum Islam kerana takzir juga merupakan salah satu cabang dalam sistem perundangan Islam.

''Inilah masalahnya. Sebut sahaja hukum Islam kita menjurus kepada hudud. Persepsi ini timbul disebabkan doktrin Pas yang sengaja menyempitkan pengertiannya. Di Malaysia hukuman yang dikuatkuasakan termasuk di dalam takzir.

''Sebagai contoh hukuman penjara, denda dan rotan yang dikenakan ke atas kesalahan jenayah yang dilakukan sama ada di mahkamah sivil mahupun syariah dikategorikan hukuman dalam bentuk takzir,'' katanya.

Beliau berjaya menarik perhatian hadirin apabila menjelaskan di dalam Islam mereka yang gagal disabitkan di bawah peruntukan hudud akan dihukum berdasarkan hukuman secara takzir.

''Saya juga ingin berkongsi bagaimana sukarnya hukum hudud ini hendak dijatuhkan. Sebagai contoh pada zaman Saidina Umar al-Khattab telah berlaku kemarau panjang dan berikutan daripada itu berlaku satu kecurian.

''Akhirnya si pencuri telah ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Bagaimanapun atas alasan kemarau panjang sipencuri itu telah dimaafkan.,'' katanya.

Beliau mengambil satu contoh lagi apabila sebuah BMW X6 yang ditinggalkan di luar rumah dan kemudian telah dicuri.

''Menurut hukum hudud pencuri ini akan dikenakan potong tangan sekiranya sabit kesalahan tetapi disebabkan harta curian berada di luar rumah maka pencuri terbabit tidak dikenakan hukum hudud sebaliknya berpindah kepada takzir,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.