saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/12/2011

Jayakan LIMA 2011

KANGAR 4 Dis. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu penduduk Perlis, terutama di sekitar Kuala Perlis bersedia sebaik mungkin bagi meningkatkan imej pelancongan negeri menjelang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 yang akan berlangsung lima hari bermula esok.

Titah baginda, melalui penganjuran LIMA 2011, sudah pasti ada pelancong yang mengambil kesempatan melawat keindahan Perlis kerana Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Pulau Langkawi melalui jalan laut kerana jaraknya yang lebih dekat.

"Pemilik premis sama ada agensi kerajaan, swasta dan milik persendirian perlu meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kerana Perlis, khususnya Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Langkawi melalui jalan laut," titah baginda sempena LIMA 2011 semalam.

Baginda bertitah, usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan ke paras optimum adalah strategi jangka pendek bersepadu menyambut kehadiran pelancong dan ia perlu berterusan sehingga menjelang akhir tahun ini dan selepas itu perancangan yang lebih holistik dan mantap perlu diadakan.

Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail (gambar) juga mahu para pengusaha premis makanan mempelbagaikan masakan dan hidangan supaya para pelancong dapat menikmati lebih banyak pilihan makanan.

Selain pilihan makanan yang pelbagai, para pengusaha juga perlu bersikap profesional dan memberi layanan mesra kepada para pelanggan, termasuk pelancong di samping menawarkan harga berpatutan, keenakan makanan dan layanan yang pantas.

Baginda juga menyarankan, pihak yang terlibat dalam sektor perkhidmatan memastikan khidmat yang diberi adalah efisyen, selesa dan bersifat mesra orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas.

Titah baginda lagi, Kompleks Makanan Laut (Komalaut) dan Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis perlu dipromosikan secara besar-besaran sebagai tarikan terbaharu sektor pelancongan negeri.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga sedang memastikan kawasan persekitaran Kuala Perlis berada dalam keadaan yang lebih baik, terutama di Laman Brasmana yang terletak berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis kerana ia menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati makanan secara berpanjangan.

Sementara itu, tinjauan mendapati, ada pelancong ke Pulau Langkawi tidak selesa dengan perbuatan pekerja tempat letak kereta yang mengejar kenderaan dengan motosikal bagi mendapatkan pelanggan supaya menggunakan khidmat tempat letak kereta yang mereka sediakan.

Tinjauan juga mendapati, beberapa lokasi tarikan pelancong di Perlis dibanjiri oleh orang ramai pada hujung minggu, termasuk di Wang Kelian dan Padang Besar yang merupakan destinasi membeli-belah di pinggir sempadan Malaysia-Thailand. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.