saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/12/2011

Dev Anand meninggal dunia

LONDON 4 Dis. - Bintang romantik sepanjang zaman Bollywood, Dev Anand meninggal dunia malam semalam pada usia 88 tahun selepas mengalami serangan jantung.

Menurut keluarga pelakon itu, Dev berada di London untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Aktor itu dilaporkan bersama anaknya, Sunil ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

Dev menceburi bidang lakonan pada tahun 1946 menerusi filem pertamanya, Hum Ek Hain.

Selepas filem Ziddi ditayangkan pada tahun 1947, bakat lakonan Dev mula menyinar dan terus menempa nama sebagai seorang selebriti terkenal Bollywood.

Dia yang mampu membawa apa sahaja watak turut berlakon dalam filem hit seperti Paying Guest, Baazi, Jewel Thief, CID, Johny Mera Naam, Amir Garib, Warrant, Hare Rama Hare Krishna dan Des Pardes.

Dia juga pernah menerima anugerah berprestij 'Padma Bhushan' pada tahun 2001 dan 'Dada Saheb Phalke' pada tahun 2002 bagi sumbangan luar biasanya untuk industri Bollywood.

Dev menubuhkan syarikat produksi filem, Navketan International Films pada tahun 1949 yang menghasilkan lebih 35 buah filem.

Aktor berpengalaman itu berkahwin dengan pelakon Kalpana Kartik (Mona Singha nama sebenar) pada tahun 1954 dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.