saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 05/12/2011

Scania sasar jual 630 trak, bas

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Scania (Malaysia) Sdn. Bhd., pengeluar bas dan trak berat, menyasar untuk menjual kira-kira 630 kenderaan di Malaysia tahun depan, kata Pengarah Urusannya James Armstrong hari ini.

Sasaran itu merupakan pertumbuhan 15 peratus daripada 550 kenderaan yang dijual pada tahun ini, kata beliau.

"Tahun ini akan menjadi 15 peratus pertumbuhan daripada 2009, kami menjangka yang sama tahun depan," kata beliau selepas menyerahkan pengerak utama trak Scania kepada Kontena Nasional Bhd di sini.

Daripada 550 unit yang dijual tahun ini, sebanyak 220 unit adalah kepala trak dan perangkaan itu mewakili 15 peratus pertumbuhan jualan kepala trak di Malaysia berbanding tahun 2009, katanya.

Armstrong berkata, Scania juga akan membuka bengkel baru di Port Dickson dan Kota Baharu tahun depan, menjadikan sembilan bengkel syarikat itu di Malaysia.

"Kami juga mempunyai dua bengkel mudah alih dan berharap untuk memperkenalkan versi salah satu varian trak kami yang dipertingkatkan pada tahun depan," katanya.

Dengan menawarkan khidmat kepada kira-kira 400 pelanggan di Malaysia, Armstrong berkata, Scania mengiktiraf Malaysia sebagai sumber pertumbuhan dan akan meneroka lebih banyak perniagaan dan peluang pelaburan.

Scania Malaysia, anak syarikat milik penuh Scania CV AB, syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Sweden.

Syarikat merupakan pengimport tunggal, pemasang dan pengedar trak dan casis bas terbaru Scania di Malaysia dan menyediakan pelbagai khidmat selepas jualan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.