saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/12/2011

LIMA 2011 platform terbaik


Petugas media tempatan dan luar negara dibawa meninjau pesawat-pesawat yang mengambil bahagian pada LIMA 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 merupakan platform terbaik untuk industri pertahanan tempatan memperkenalkan keupayaan teknologi, produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran serantau dan juga antarabangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat industri pertahanan tempatan yang kukuh dan berkeupayaan tinggi mampu menarik perhatian bakal-bakal pembeli dan pengguna ke LIMA.

"Bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mungkin tidak mampu menyertai pameran antarabangsa di luar negara yang terlalu mahal, maka LIMA adalah alternatif terbaik buat mereka.

"Saya sangat bangga dengan penglibatan industri pertahanan tempatan di LIMA. Kalau dahulu, penglibatan mereka boleh dibilang dengan jari, LIMA kali ini akan memperlihatkan kehadiran para pempamer tempatan yang besar bersama-sama pemain industri pertahanan global," katanya.

LIMA yang bermula dari 6 hingga 10 Disember ini akan disertai 178 pempamer dari Malaysia dan 220 dari luar negara.

Ahmad Zahid berkata, antara syarikat dalam industri pertahanan tempatan yang mengambil bahagian ialah National Aerospace and Defence Industries (NADI), Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Hitech Padu Berhad, Sapura Secured Technologies, Zetro Aerospace Corporation, Ikramatic, Satang Jaya dan MAS Engineering.

"Sebanyak 85 peratus ruang pameran di Dewan Mahsuri telah ditempah oleh para peserta edisi kali ini.

"Kami telah menandatangani penyertaan 386 syarikat, mewakili 33 negara. Kami akan terus berusaha untuk memastikan ruang pameran kami dipenuhi 100 peratus lantas menjadikan LIMA 11 edisi terbaik," katanya.

Sementara itu, Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun berkata, antara pembuat pesawat dan pembina kapal terkemuka yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Airbus, Boeing, Dassault, Gulfstream, Embraer, SAAB, Sukhoi, Eurocopter, AgustaWestland, Sikorsky, Helicopter Bell, Fincantieri, Daewoo Shipbuilding, Navantia, DamenShipyard, Blohm dan Voss, Lurssen, Goa Shipyard dan DCNS.

Menurutnya, sebanyak 42 pesawat dan 30 buah kapal setakat ini telah mengesahkan kehadiran dan antara acara kemuncak adalah persembahan aerobatik dan statik daripada pesawat-pesawat Gulfstream G45 Business Jet, Bombardier, CessnaCaravan, A400M, Su 30MKM, F/A-18D, F-18 Super Hornet, MiG-29N, Super Lynx, Augusta A109, Mi 17 S & R Helicopter, Eurofighter Typhoon dan AH6i Boeing.

Beliau berkata, pameran dibuka kepada orang ramai pada 9 dan 10 Disember di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat untuk pameran udara manakala pameran maritim di Awana Porto Malai, Kuah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.