saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/12/2011

LIMA 2011 tarik paling ramai peserta


Kapal selam kedua milik negara, KD Tun Razak berlabuh di Awana Porto Malai, Langkawi, sempena LIMA 2011, semalam.


LANGKAWI 5 Dis. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 yang akan bermula esok mencatat bilangan syarikat dan peserta paling ramai dalam sejarah penganjuran apabila membabitkan 3,000 krew dari pelbagai negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, LIMA edisi ke-11 itu juga buat kali pertama menampilkan 14 kapal milik tentera laut dan perdagangan dari 11 negara berbanding 12 kapal asing pada 2009.

"Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sahaja menampilkan 10 kapal termasuk sebuah kapal selam sementara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mempamerkan empat kapalnya.

"LIMA kali ini juga akan dihadiri oleh panglima tentera laut dari tujuh negara, lapan timbalan panglima tentera laut serta beberapa wakil mereka. Kesemuanya 22 wakil negara luar hadir," katanya pada sidang akhbar di atas kapal KD Jebat di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi HW Lima Sdn. Bhd., Tan Sri Abdul Wahab Nawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.