saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/12/2011

Pendapatan kasar isi rumah untuk mohon BR1M diperjelas

09/12/2011 9:22pm

KUALA LUMPUR 9 Dis. Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Bagi membuat permohonan, katanya, ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).

Bagi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang). Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.