saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/12/2011

Ibnor dapat galakan Datuk Bandar KL


MASIH segak bergaya biarpun sudah boleh dikategorikan sebagai penyanyi veteran.


Namun, selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1985, minat Ibnor dalam bidang nyanyian semakin meluap-luap.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Sudah Terluka Merindu Pula ini semakin aktif menyanyi biarpun dia sekadar muncul sebagai finalis pertandingan tersebut.

Malah, menurut Ibnor yang kini berusia 50 tahun, Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, Tan Sri Elyas Omar banyak memberi dorongan kepadanya supaya menyanyi sepenuh masa.

"Semasa bekerja di DBKL, saya selalu ambil cuti dan cuti tanpa gaji bagi memenuhi undangan menyanyi di merata tempat seluruh negara. Ketika itu, Elyas Omar adalah bos saya.

"Apabila melihat saya semakin sibuk menyanyi, beliau menasihatkan saya supaya berhenti kerja untuk memberi sepenuh tumpuan dalam bidang nyanyian.

"Saya dengar nasihat beliau dan berhenti kerja pada tahun 1993 selepas 13 tahun bekerja di DBKL.

"Ini kerana, selama lapan tahun iaitu sejak menyertai Bintang RTM saya terpaksa membahagi-bahagikan masa antara menyanyi dan bekerja di DBKL. Mulai saat itu, sehingga kini saya telah menjadi penyanyi sepenuh masa selama 26 tahun," katanya kepada S3.

Bapa kepada Puteri Norizah, 20, ini bersyukur kerana biarpun berdepan dengan saingan ramai penyanyi generasi baru tetapi bakat nyanyiannya masih diterima para pendengar.

Ibnor bukan setakat masih terus mendapat tawaran menyanyi tetapi juga berpeluang merakamkan album baru yang mengekalkan irama pop dan sentimental.

Sambil mengakui lagu-lagu nyanyiannya seperti Meneka Dalam Kesamaran masih diminati ramai dan sering disiarkan menerusi radio menyebabkan dia terus menerima royalti.

Hakikat itu secara tidak langsung membuktikan suaranya terus mendapat keyakinan daripada syarikat-syarikat rakaman bagi menghasilkan album terbaru yang ke-15 kelak.

"Sehingga kini, setiap enam bulan sekali saya akan menerima royalti daripada syarikat rakaman yang pernah menerbit dan mengedarkan album-album saya yang masih dijual sehingga kini.

"Ini membuktikan saya masih mempunyai ramai peminat. Kalau tidak syarikat rakaman seperti Music Valley tidak memberikan peluang saya merakamkan album baru," ujarnya.

Penyanyi berkulit hitam manis ini misalnya, kini sedang dalam proses menerbitkan albumnya yang ke-15 yang mengandungi 10 lagu termasuklah lima lagu lamanya yang dirakamkan semula dalam nafas baru.

Antara lagu yang akan dimuatkan dalam album itu berjudul Mentera Cinta, Akulah Pencinta dan Mimpi Tak Sudah.

Dia yang pada ketika itu menyertai Bintang RTM bersama Fauziah Latiff tidak akan mensia-siakan bakat menyanyi yang ada selagi suaranya masih diperlukan dalam persada seni suara tanah air.

Malah, Ibnor turut bangga kerana dia salah seorang penyanyi tempatan era tahun 1980-an yang masih diterima peminat hingga kini.

"Saya bukannya dilahirkan daripada program realiti televisyen tetapi melalui pertandingan yang mencungkil bakat sebenar sebagai penyanyi.

"Saya menyertai Bintang RTM pun kerana mahu menunjukkan bakat yang ada. Biarpun kalah tetapi saya tidak kecewa sebaliknya saya puas kerana ramai orang boleh menilai bakat yang saya miliki.

"Saya berdiri atas bakat sendiri dan bukan atas populariti semata-mata. Penyanyi zaman sekarang dengan penyanyi zaman dulu lain.

"Penyanyi zaman sekarang dibentuk oleh syarikat rakaman atau stesen televisyen melalui program realiti, sedangkan penyanyi dulu dilahirkan atas bakat dan kelasnya yang tersendiri," komennya terus terang.

Tambah Ibnor lagi, biarpun jarang mendapat publisiti daripada media massa sejak kebelakangan ini tetapi dia tetap dikenali ramai.

Malah, dalam projek terbarunya, dia turut berduet dengan penyanyi era tahun 1980-an seperti Shima dan Nora dalam beberapa lagu yang dirakamkan semula yang diberi nafas baru bagi menarik perhatian para pendengar masa kini.

"Sebagai contoh, saya akan merakamkan semula dan berduet dengan Shima dalam lagu popularnya yang bertajuk Luka Dilukai dan bersama Nora pula dalam lagu Rindu Dalam Diam.

"Saya lakukan ini bagi terus mengukuhkan lagi nama saya dalam bidang nyanyian di negara ini. Ia mampu mengimbas nostalgia populariti lagu-lagu tersebut," jelasnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.