saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/12/2011

PPJ mahu terus lahirkan penulis muda

PONTIAN 9 Dis. - Persatuan Penulis Johor (PPJ) akan terus membantu melahirkan penulis muda bagi memastikan bidang tersebut tidak ketandusan bakat terutama di kalangan remaja, mahasiswa di institut pengajian tinggi dan bakal pendidik.

Timbalan Ketua Satu PPJ, Mohd. Khairy Hilmi berkata, ketiga-tiga golongan itu dipelawa menyertai program perkongsian ilmu dengan penulis yang telah menempa nama di Johor yang sentiasa bersedia untuk memberikan panduan selain susunan program bagi meningkatkan mutu penghasilan karya.

"Kami gembira dengan kesediaan mereka untuk berkongsi idea dan pengalaman walaupun terpaksa datang dari jauh, semata-mata hanya untuk memajukan bidang masing-masing," katanya ketika berucap dalam program Bicara PPJ bersama mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Serbaguna Kampung Parit Baru di sini, baru-baru ini.

Seramai 20 penulis dari pelbagai bidang penulisan di seluruh negeri turut hadir bagi memberi sokongan dan berkongsi pandangan termasuk Shafiai Mohd. Ramli dan Kassim Mahmuud.

Menurut Mohd. Khairy, program yang pertama kali diadakan ini telah mendapatkan sambutan yang cukup baik dari mahasiswa Fakulti Sains Sosial USM yang sanggup datang ke selatan tanah air.

"Saya tidak sangka hanya dengan panggilan telefon sahaja, golongan mahasiswa begitu berminat untuk mengetahui mengenai PPJ dan ingin bertemu sendiri dengan penulis-penulis di negeri ini," katanya.

Katanya, pelbagai idea serta pandangan diberikan penulis dan mahasiswa termasuk mencari bakat-bakat baru di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pewaris penulisan Melayu pada masa depan, mengenal pasti kelemahan penulisan serta tunjuk ajar dalam bidang penulisan novel, puisi dan cerpen.

Pada masa sama, beliau menegaskan, selain minat, penulis muda juga perlu berani untuk melontarkan gaya dan corak penulisan yang dapat menarik minat pembaca untuk membeli hasil karya mereka kelak.

Katanya, PPJ menghargai kesediaan penulis yang telah berjaya menyertai program bual bicara bagi meningkatkan dan memartabatkan lagi dunia penulisan di Johor dan seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.