saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 12/12/2011

Jennifer Aniston wanita paling seksi


Jennifer Aniston


LOS ANGELES 11 Dis. - Bintang filem Friends With Benefits, Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling seksi sepanjang zaman.

Menerusi undian yang dilakukan laman web MensHealth.com., pelakon yang kini sedang bercinta dengan Justin Theroux itu berjaya mengalahkan selebriti lain termasuk bintang legenda Marilyn Monroe, Madonna dan Angelina Jolie.

Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun menyangka pelakon kelahiran Perancis, Bridgitte Bardot dan aktivis wanita, Gloria Steinem bakal memenangi gelaran tersebut.

"Mereka berdua (Bardot dan Steinem) mempunyai keistimewaan masing-masing.

"Sekiranya saya perlu memilih, saya akan pilih Steinem kerana dia memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi wanita seksi," katanya.

Laman web itu turut menjelaskan karakter kelakar dan seksi yang dimiliki Aniston serta personaliti yang memukau melayakkan pelakon tersebut mendapat gelaran yang diidamkan oleh semua wanita.

Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi siri drama televisyen Friends tersebut menyatakan beliau tertarik dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang seimbang.

"Perkara yang paling seksi mengenai lelaki selain memiliki perut yang sasa ialah sikap kelakar, baik hati dan seimbang," katanya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.