saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 12/12/2011

Kolagen akuatik pertama dunia


Produk kolagen daripada ikan diharap dapat memberi harapan baru kepada pengguna menggunakan hasilan tempatan secara lebih selamat.


China dan Korea Selatan merupakan pengeluar utama kolagen dunia. Tetapi bahan asasnya tidak diketahui secara khusus.

Biasanya kolagen didapati daripada lembu atau babi yang terdedah kepada penyakit lembu gila dan Japanese Encephalitis (JE).

Kedua-dua penyakit bersifat zoonosis amat berbahaya kerana boleh menjangkiti manusia.

Setakat ini, belum terdapat kilang yang mengeluarkan bahan asas kolagen yang diiktiraf sebagai halal di negara ini.

Pengarah projek kajian, Prof. Dr. Jamilah Bakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata, pasukannya menjalankan kajian bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia.

"Kajian menghasilkan kolagen akuatik bermula sejak 12 tahun lalu," katanya semasa ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UPM dan Bionic Lifesciences sempena Pameran BioMalaysia 2011 di ibu negara baru-baru ini.

Pada majlis MoU itu, UPM di wakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd. Saleh Jaafar manakala Bionic Lifesciences diwakili oleh Pengarahnya Ir. Mohd. Salleh Yahya.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Biotech Corp., Datuk Dr. Mohd Nazlee Kamal dan Dekan Fakulti Fakulti Sains Makanan dan Teknologi UPM, Prof. Dr. Mohd Yazid Abdul Manap.

Syarikat terbabit akan memasarkan kolagen berkenaan secara komersial.

Ketika itu jelas Jamilah, permintaan untuk kolagen amat kurang berbanding seperti sekarang.

Bagaimanapun, pasukannya terpanggil menjalankan kajian memandangkan tidak terdapat kolagen yang boleh dikatakan halal di dunia.

Ditanya mengapa kajian tersebut menggunakan haiwan akuatik sebagai sumber kolagen, Jamilah berkata, ikan tidak mempunyai penyakit yang boleh menjangkiti manusia.

Menurut beliau, buat masa ini industri kolagen dunia seperti dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis dan Jerman sedang mencari alternatif bagi menghasilkan kolagen daripada hidupan akuatik.

"Bagaimanapun iklim empat musim menyebabkan hidupan akuatik tidak boleh dikeluarkan secara berterusan selain ciri asas yang berlainan," katanya.

Apa yang lebih menarik Jamilah berkata, ikan tilapia dipilih kerana mudah diternak dan mudah ditemui.

Mengenai pemilihan Bionic LifeScience sebagai pengeluar kolagen, beliau berkata, syarikat berkenaan mempunyai kemudahan dan pengalaman yang diperlukan.

Malah beliau yakin syarikat berkenaan dapat mengeluarkan sehingga enam hingga 10 tan kolagen sebulan.

"Bagi tujuan keselamatan hak intelek, pihak UPM telah memohon paten bagi teknik penghasilan kolagen daripada ikan tilapia di negara strategik," katanya.

Sasaran kerjasama penyelidikan adalah untuk membekalkan bantuan teknikal, pengetahuan dan pemindahan teknologi bagi pengeluaran kolagen berasaskan hidupan akuatik daripada skala makmal ke komersial.

Kajian berkenaan akan mengambil masa setahun bermula Julai 2011 hingga Jun 2012.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.