saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/12/2011

FAM guna format terbuka untuk Liga Malaysia musim depan

13/12/2011 8:28pm

KUALA LUMPUR 13 Dis. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menggunakan format liga secara terbuka bagi musim Liga Malaysia 2012 bermula 10 Januari depan berbanding pertandingan secara berkumpulan sebelum ini.

Menurut kenyataan FAM, setiap pasukan yang bertanding akan bermain secara timbal balik dan pasukan yang mengumpul mata tertinggi sama ada Liga Super dan Liga Perdana akan meraih kejuaraan.

Sebanyak 14 pasukan akan bertanding dalam Liga Super yang bermula 10 Jan ini manakala 12 pasukan akan bertanding dalam Liga Perdana yang bermula pada 13 Jan.

Pada undian Liga Super hari ini, juara Liga Super musim ini, Kelantan diundi di kedudukan ketiga manakala naib juara, Terengganu yang juga naib juara Piala Malaysia musim ini diundi pada kedudukan ke-13.

Pertandingan Liga Perdana turut menyaksikan kemasukan beberapa pasukan kelab seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) FC dan juara Liga FAM musim ini, Betaria FC dari Negeri Sembilan.

Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan bertemu dengan juara Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan, di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV pada 7 Januari depan tidak akan dikira mata untuk Liga Super berbanding sebelum ini. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.