saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 13/12/2011

Restoran D'Saji beroperasi di Menara Alor Setar

ALOR SETAR 12 Dis. - Felda D'Saji Sdn. Bhd. melalui anak syarikatnya, D'Saji Restaurant & Cafe mengembangkan operasinya di negeri ini dengan membuka Restoran Berputar D'Saji Skyview di Menara Alor Setar di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda D'Saji Sdn. Bhd., Ahmad Zaki Abdullah berkata, restoran itu dibuka dengan kerjasama antara Felda D'Saji dan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. bagi mempromosikan produk pelancongan dan industri makanan tempatan.

"Sebelum ini kita sudah buka sebuah restoran di Menara Kuala Lumpur dan kini kami diberi peluang untuk meneroka pasaran di kawasan Utara dengan adanya Restoran Berputar D'Saji Skyview di Menara Alor Setar.

"Restoran di Menara Alor Setar ini berkonsepkan moden kontemporari dan pihak kami menyasarkan keuntungan RM2 juta setahun," katanya selepas majlis prapelancaran Restoran Berputar D'Saji Skyview Menara Alor Setar di sini, semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusinya, Datuk Mat Abas Mat Yusof itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Haryati Tahir.

Menurut Ahmad Zaki, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan pemasaran restoran itu bukan hanya untuk rakyat Kedah malah untuk masyarakat di Perlis, Pulau Pinang, Perak dan negara jiran, Thailand.

"Orang ramai yang menikmati hidangan di sini dapat melihat pemandangan indah bandar raya Alor Setar dari atas menara," jelasnya.

Katanya, D'Saji Skyview turut menawarkan pakej perkahwinan dan sebarang pertanyaan atau tempahan boleh menghubungi Pengurus Restoran Berputar D'Saji Skyview, Fairuz Arshad di talian 04-7301122 atau melayari laman web www.feldadsaji.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.