saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/12/2011

JBPM peroleh 100 jentera bomba baru tahun hadapan

TUARAN 12 Dis. - Dalam usaha memperkasakan lagi perkhidmatan bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperoleh sebanyak 100 jentera bomba baru bernilai RM171 juta pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, jentera baru itu membolehkan jabatan itu mencapai sasaran memastikan setiap balai bomba mempunyai sekurang-kurangnya dua jentera.

"Sudah lama kita menyasarkan setiap balai bomba mempunyai sekurang-kurangnya dua jentera kerana dari segi strategi ia cukup ideal.

"Ini kerana kalau satu jentera rosak, kita ada satu lagi dan kalau tidak rosak kita boleh jalan kedua-duanya sekali dan dua insiden boleh diatasi serentak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama pada Seminar Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai Zon Borneo di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi dan Menyelamat), Datuk Mahadi Mohd. Ali; Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi; Pengarah JBPM Sarawak, Norhisham Mohamad dan Pengarah JBPM Labuan, Zainal Madasin.

Menurut Wan Mohd. Nor, pada masa ini JBPM mempunyai 262 balai bomba dengan kira-kira 400 jentera bomba di seluruh negara.

Katanya, dengan adanya 100 jentera bomba baru pada tahun hadapan membolehkan JBPM mempunyai kira-kira 500 jentera bomba sekali gus mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Dalam pada itu beliau berkata, sebuah balai bomba baru bernilai RM8.5 juta akan mula beroperasi di Kinabatangan pada awal tahun depan.

Katanya, pembinaan balai bomba yang ke-21 di Sabah itu membolehkan JBPM berada di semua lokasi strategik di negeri ini.

Tambahnya, bagi memperkasakan JBPM Sabah, pihaknya juga telah menghantar sebuah jentera 'Hazmat' ke negeri ini.

"Jadi pada masa ini setiap negeri mempunyai sebuah jentera 'Hazmat' yang khusus untuk menangani insiden berkaitan kebocoran dan tumpahan bahan kimia," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.