saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/12/2011

Projek monorel kedua tetap diteruskan


Mohd. Ali Rustam tertarik dengan model monorel yang baru selepas majlis pelancaran Pecah Tanah Pembangunan Monorel Fasa ke 2 di Jalan Tun Mutahir, Melaka, semalam.


MELAKA 13 Dis. - Kerajaan negeri tetap akan meneruskan fasa kedua projek Monorel Melaka menggunakan teknologi dari China walaupun fasa pertama projek itu sering berlaku kerosakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, fasa kedua projek yang bernilai RM13.2 juta itu meliputi pembinaan rel dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah ke Jalan Tun Mutahir dan Jalan Tun Ali ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sepanjang 1.3 kilometer.

Menurut beliau, projek fasa pertama monorel itu dari Stesen Hang Jebat ke Stesen Hang Tuah sejauh 1.6 kilometer sering mengalami kerosakan sejak mula beroperasi 20 Oktober tahun lalu.

"Monorel Melaka ini memang terkenal di seluruh dunia kerana ia mungkin menjadi monorel pertama di dunia yang kerap mengalami kerosakan iaitu sebanyak 27 kali sejak beroperasi.

"Namun kita ada banyak sebab untuk terus menyokong teknologi China. Kita tak boleh asyik beli barang dari Barat sahaja kerana ia mahal selain kita ada hubungan yang baik dengan mereka sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah pembangunan Monorel Fasa 2 di Jalan Tun Mutahir di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, fasa kedua projek itu yang dijangka siap pada Februari 2013 akan menjadikan keseluruhan Monorel Melaka sepanjang 2.9 kilometer.

Laluan monorel itu akan membentuk satu pusingan mengelilingi Sungai Melaka dari Taman Rempah melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali, Jalan Tun Mutahir dan kembali semula ke Taman Rempah.

Mohd. Ali berkata, fasa kedua projek itu juga akan mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah terdapat pintu bantuan kecemasan di gerabak, menyediakan laluan antara gerabak, pusat kawal trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.

"Setiap tren juga membawa dua gerabak di mana setiap gerabak boleh memuatkan 12 penumpang dan setiap perjalanan dengan kelajuan 15 kilometer sejam dianggarkan memakan masa 45 minit mengelilingi Sungai Melaka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.