saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/12/2011

Aznil, Phoebe Yap, Uthaya Kumar Duta Sihat 1Malaysia

15/12/2011 2:57pm

PUTRAJAYA 15 Dis. - Pengacara televisyen dan radio terkenal Aznil Nawawi, Phoebe Yap Siok Wah dan G.Uthaya Kumar hari ini dilantik sebagai Duta Sihat 1Malaysia selama setahun mulai 1 Jan depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemilihan ketiga-tiga selebriti tersebut, yang merupakan pengacara popular serta disenangi pelbagai golongan masyarakat adalah bagi membantu mempromosi amalan cara hidup sihat serta mencegah penyakit denggi serta penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).

"Penglibatan mereka dalam aktiviti promosi kesihatan diharap mampu menarik minat komuniti setempat, khususnya golongan remaja untuk turut sama mengamalkan cara hidup sihat dan membanteras denggi. Mereka tidak akan bercakap dari segi teknikal penyakit tetapi lebih memfokuskan kepada masalah tingkah laku yang berkaitan gaya hidup.

"Selaku duta kesihatan, mereka juga akan bekerjasama dengan pasukan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) yang sedia ada di peringkat lokaliti dan membantu menggerakkan penyertaan masyarakat secara kolektif dan menggerakkan komuniti untuk mengamalkan tingkah laku yang berkekalan sehingga menjadi satu budaya hidup, katanya pada majlis memperkenalkan duta-duta tersebut. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.