saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/12/2011

GWGF, Gempak lantik konsultan


SEBAHAGIAN daripada peneroka Felda berarak ke Ibu Pejabat Felda untuk menyerahkan memorandum sokongan kepada Pengerusi Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail menafikan beliau salah seorang individu yang cuba mensabotaj usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Kata Rozali, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan, termasuk untuk memegang jawatan Pengerusi Felda Holdings ekoran dakwaan sabotaj berkenaan.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan GWGF dan penubuhan sebuah entiti baharu iaitu Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) untuk mendapatkan pandangan peneroka berhubung penyenaraian itu bertujuan menjaga kepentingan serta hak 112,635 peneroka di seluruh negara.

“Kami juga akan mendapatkan khidmat konsultan bebas dari dalam dan luar negara mengenai cadangan penyenaraian FGVH sebelum boleh mengatakan kami menyokong atau tidak penyenaraian itu.

“Saya tidak kata setuju dan tidak juga kata tidak setuju,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai pandangan GWGF dan Gempak mengenai penyenaraian itu di sini, hari ini.

Terdahulu, Rozali menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Gempak dengan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP), Samsudin Othman yang menyaksikan Samsudin dilantik sebagai Presiden Gempak dan Rozali bertindak sebagai timbalannya.

Baru-baru ini, beberapa pihak mendakwa, terdapat usaha sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu dalam Felda bagi menggagalkan usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Kepada satu soalan, kata Rozali, tindakan GWGF dan Gempak mendapatkan maklumat penyenaraian itu daripada Felda Holdings serta FGVH, melantik konsultan dan menyebarkan maklumat itu kepada para peneroka bukan bermakna mereka membelakangi cadangan itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012, baru-baru ini.

“Cuma kita mahu tahu dan perhalusi keputusan itu, macam mana yang disebut ‘durian runtuh’, libatkan aset yang mana kerana mungkin ada penambahbaikan yang boleh kita lakukan dan harap ia membantu semua pihak,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.