saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/12/2011

Sambutan RTW semakin dingin?


SELAIN dua pentas, lukisan mural di luar stadium itu turut mencuri tumpuan.


ROCK The World (RTW) merupakan satu-satunya festival muzik rock dan indie tempatan yang terbesar serta dianjurkan hampir saban tahun di mana tahun ini ia memasuki tahun yang ke-11.

Selain mempunyai rekod pnganjuran yang konsisten, RTW juga menampilkan banyak kumpulan indie dan rock baru termasuklah 30 kumpulan yang beraksi pada tahun ini.

Sebanyak 18 kumpulan terkenal mengadakan persembahan di pentas utama dari pukul 11.25 pagi hingga 11 malam yang terletak di bahagian tengah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sementara itu, 12 lagi kumpulan baru pula diberi peluang menunjukkan bakat mereka di atas pentas kecil yang dikenali sebagai Open Mic Stage dari pukul 12 tengah hari hingga 8 malam.

Ternyata daripada segi kumpulan yang ditampilkan tiada masalah kerana banyak yang mahu beraksi di RTW11 pada kali ini tetapi yang menjadi perkiraan ialah bilangan penonton yang hadir.

RTW11 yang dibawakan oleh syarikat telekomunikasi Tune Talk kali ini seakan-akan memperlihatkan jumlah penonton yang semakin berkurangan pada konsert tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, dia tidak menafikan kemerosotan penonton RTW kali ini yang dianggarkan tidak sampai 5,000 orang.

"Ini antara konsert RTW yang paling sedikit jumlah penontonnya di mana rekod paling ramai setakat ini ialah pada RTW6 yang ditonton hampir 22,000 penonton pada lima tahun lalu.

"Walaupun RTW sudah banyak kali dianjurkan tetapi bukan mudah untuk menarik ramai penonton kerana terdapat pelbagai cabaran termasuklah tarikan kumpulan yang terbabit.

"Mungkin tahun ini tarikan kumpulan-kumpulan yang terbabit kurang menarik perhatian ramai peminat," katanya sepada Hits sewaktu ditemui pada konsert itu baru-baru ini.

Jelas Jason, terdapat banyak cadangan yang mahukan pihaknya menjemput kumpulan rock terkenal luar negara bagi menarik minat lebih ramai peminat hadir ke RTW.

Bagaimanapun katanya, agak sukar untuk membawa kumpulan rock terkemuka dari Barat kerana ia akan melibatkan kos yang besar dan tiket RTW akan lebih mahal.

"Kalau kami membawa kumpulan dari luar negara harga tiket RTW juga akan bertambah. Dulu harga tiket konsert ini RM25 tetapi sejak tujuh tahun lalu ia dinaikkan RM30 kerana faktor kos.

"Sebab itu kalau kami bawa kumpulan rock terkenal saya yakin harga tiket konsert ini akan bertambah. Kami tidak mahu membebankan para peminat RTW.

"Apatah lagi, RTW dianjurkan bagi memberi peluang kumpulan-kumpulan rock dan indie tempatan yang belum dikenali menunjukkan bakat mereka," ujarnya.

Tambah Jason lagi, biarpun RTW menjadi platform buat kumpulan tempatan tetapi pihaknya hanya memilih kumpulan yang berbakat serta mempunyai ramai peminat di negara ini.

Dia yang juga merupakan seorang penyanyi rock berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan kumpulan yang dirasakan layak beraksi pada konsert setahun sekali itu.

"Kami mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan kumpulan yang akan mengadakan persembahan di RTW seperti berdasarkan populariti lagu kumpulan yang di radio.

"Dalam hal ini, kami mendapatkan maklumat itu daripada stesen-stesen radio. Selain itu, jika sesebuah kumpulan itu sudah ada ramai peminat seperti di Facebook maka ia juga diambil kira.

Difahamkan tahun ini tidak kurang 50 hingga 100 kumpulan rock dan indie tempatan yang mencuba nasib tetapi hanya 30 sahaja yang terpilih beraksi pada RTW11.

Lapan belas kumpulan yang menghiburkan para peminat di pentas utama ialah Massacre Conspiracy, The Azenders, Kyoto Protocol, Monoloque, Bittersweet, Pesawat, Restraint dan Temjin.

Turut beraksi Restraint, I Revival, Reza Salleh, The Padangs, Statik, Salam Musik, Melodisaster, Akta Angkasa, Maddame, Ballad For Layla dan Daarchlea.

Dua belas lagi kumpulan yang menunjukkan bakat mereka di Open Mic Stage ialah Apple Project, DazMelon, Heart-A-Tack, Medusa, Gabba Gabba dan The Jespers.

Modred, Mona Lyssa, Corsets, Thy Regiment dan Sekumpulan Orang Gila pula turut beraksi di pentas kecil yang terletak di luar perkarangan stadium itu menarik sekitar 500 penonton.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.