saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/12/2011

Hasrat GWGF dipersoal

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Hasrat Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang mahu mendapatkan khidmat konsultan bebas dari dalam dan luar negara berhubung cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia dipersoalkan kerana seolah-olah mempertikaikan keputusan kerajaan.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, hasrat itu juga menggambarkan seolah-olah GWGF tidak yakin keputusan yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal memberi keuntungan kepada warga peneroka.

''Pada saya hasrat itu adalah sesuatu yang memalukan kerana pihak tersebut seperti tidak percaya kepada kemampuan dan pandangan daripada pakar-pakar tempatan dalam mencadangkan penyenaraian FGVH itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berhubung perkara tersebut sebelum boleh menyatakan sokongan atau sebaliknya.

Menurut Mohd. Jurit, Rozali juga sepatutnya meletakkan jawatan dalam GWGF sekiranya beliau tidak yakin dengan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Apatah lagi, kata beliau, kredibiliti Rozali dalam isu itu juga boleh dipertikaikan meskipun beliau menafikan salah seorang individu yang cuba mensabotaj usaha penyenaraian tersebut.

''Kita tidak pasti apa maksud atau agenda sebenar Rozali sehingga mahu pihak luar campur tangan dalam isu ini," katanya.

Mohd. Jurit menambah, GWGF tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang kehilangan arah mengenai penyenaraian FGVH kerana menyedari warga peneroka akan mendapat keuntungan besar dan setia kepada kerajaan.

''Sepatutnya Rozali dan GWGF menyokong penuh dan turut membantu supaya usaha penyenaraian itu boleh disegerakan kerana ia jelas memberi keuntungan kepada warga peneroka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.