saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/12/2011

Naik taraf jalan Pan Borneo RM16b


YONG Khoon Seng (kiri) mengendali jentolak bagi menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Tuju dan Jambatan Batu Kawa di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 16 Dis. - Projek menaik taraf lebuh raya Pan-Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah hanya dapat dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan semasa kerajaan Persekutuan kerana kos keseluruhannya mencecah RM16 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, projek menaik taraf lebuh raya sepanjang 1,450 kilometer itu menelan belanja yang tinggi kerana hampir keseluruhan laluan tersebut tidak mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Lebuh raya ini dibina sejak 30 tahun lalu dan berdasarkan kajian terperinci sejak dua tahun lalu, purata gred jalannya hanya R3 (2.75 hingga 3 meter lebar) ke bawah serta tiada spesifikasi JKR.

"Jadi, kita memerlukan peruntukan yang amat besar untuk menaik taraf keseluruhan lebuh raya ini dan ia dijangka mencecah RM16 bilion," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah projek menaik taraf jalan menuju ke Jambatan Batu Kawa, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Muda Perhubungan negeri, Datuk Lee Kim Shin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Nasir Mat Dam dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Zuraimi Sabki.

Khoon Seng dalam pada itu memberitahu, projek tersebut yang bermula sejak 2008 mengambil masa lebih lama untuk disiapkan kerana ia dilaksanakan mengikut fasa tertentu.

Katanya, fasa awal melibatkan kerja-kerja melebarkan jalan sehingga sekurang-kurangnya gred R3 hingga R5 di kawasan strategik di samping menambah lorong memotong di lokasi hitam, iaitu kawasan kemalangan kerap berlaku.

"Sementara itu, setakat ini, tiga syarikat konsesi dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang laluan berkenaan dengan kos sekitar RM2,600 sebulan bagi setiap satu kilometer.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.