saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/12/2011

Industri hiburan ada penyakit - Airis Yasmin




DALAM tempoh lima tahun, tiada siapa pun yang sedar bakat dirinya dalam industri seni, malah gagal meraih sebarang publisiti lantaran kurang menonjol. Mungkin ini kerana dia tiada kontroversi atau kisah sensasi yang menyebabkan masyarakat terus mengingatinya.

Kalau ada pun, cerita gosip melibatkan namanya adalah kisah peribadinya iaitu janda beranak seorang, seksi dan ditaja oleh golongan VVIP yang pernah tersebar satu ketika dahulu, pun tidak menarik perhatian sesiapa untuk mengenali dirinya.

Apa pun cerita yang tersebar bertujuan untuk mencalarkan peribadi itu masih tidak dapat mengukuhkan lagi jenama Airis Yasmin yang berada dalam industri sejak 2006.

“Kalau ditanya apa yang saya rasa, memang ada sedikit kekecewaan di hati tetapi ini hakikat dunia seni, tidak semuanya indah seperti yang digembar-gemburkan. Tidak dinafikan ada sesetengah penerbit seperti “pilih kasih” didalam memilih artis hanya yang laris, berwajah komersial dan penuh kontroversi untuk melariskan karya mereka.

“Sementara saya yang artis bersih ni semakin jauh ketinggalan ke belakang. Dilema yang saya alami ini sudah lama saya perhatikan, dah jadi penyakit pun dalam industri ini. Namun itu hakikat yang perlu saya terima.

“Tujuan saya menceburi ini untuk berkongsi bakat saya dan tidak terlintas untuk mengejar anugerah atau glamor. Nawaitu itu buat saya lebih selesa bersikap merendah diri dan bersederhana saja,” luah wanita berusia 32 tahun ini.

Apa faktor lain yang menyebabkan finalis Pengacara Jemputan Nona TV3 tahun 2002 ini berkata demikian? Bagaimana hubungan Airis dengan media selaku pihak yang bertanggungjawab mengangkat namanya di persada seni?

“Media amat memainkan peranan yang penting didalam mengangkat nama seseorang artis, tetapi memandangkan saya artis yang tidak sukakan kontroversi maka tiada gosip yang tercipta. Walaubagaimanapun saya amat menghargai usaha-usaha rakan media yang tidak putus-putus membantu memberikan publisiti kepada saya,” jelasnya.

Ditanya adakah dia tidak takut dengan kecaman apabila melontarkan pandangan ‘berbisa’ tersebut, dia berkata, “Ini semua adalah kebenaran.”

Pelakon filem Janin ini juga tidak mahu membabitkan kesuraman dirinya lantaran keluar menjadi artis di bawah naungan syarikat Aquila Emas sejak Februari 2010 lalu.

“Rezeki saya dalam industri ini memang sudah ditentukan oleh-Nya dan saya reda kalau satu masa nanti saya tarik diri terus. Mana tahu, bila bakat saya semakin dilupakan satu masa nanti.

“Mungkin ada hikmah dan saya perlu meneruskan kehidupan menyara anak dan keluarga,” katanya dengan yakin.

Hidap asma kronik

Mengorek persoalan apakah sebenarnya yang membuatkan dia merajuk dengan industri hiburan, katanya, “Saya menghidap penyakit asma kronik sejak akhir-akhir ini yang perlu mengehadkan aktiviti harian. Tumpuan lebih kepada penjagaan kesihatan.”

Menurutnya, dia sudah lama menghidap asma tapi bertambah teruk selepas muntah darah kerana terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Dalam penderitaan tersebut, Airis sempat berlakon dua filem tahun ini iaitu Chow Kit dan Tokak dan drama Embargo dan Dalam Karya Ada Cinta untuk melepaskan rindunya dalam bidang lakonan.

“Penyakit ini bukan penyebab memutuskan semangat sebab saya mahu terus berjuang andai ada yang menghargai bakat saya,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.