saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/12/2011

Isu mahasiswa turun bendera: Saifuddin serah kepada polis

19/12/2011 8:04pm

KUALA LUMPUR19 Dis. – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Beliau berkata, kementeriannya tidak akan melakukan sebarang tindakan ke atas mereka kerana insiden tersebut berlaku di luar kawasan kampus.

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) perlu meminta maaf atas perbuatan mereka kerana ia merupakan satu tindakan yang terkutuk,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sabtu lepas, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi Bebas, Muhd Safwan [email protected] yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Sebelum itu, Muhd. Safwan bersama kira-kira 200 orang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganggotai Bebas telah ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah.

Seterusnya, mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjumpa Saifuddin untuk menyerahkan salinan memorandum yang sama. Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

Saifuddin berkata beliau memutuskan untuk berjumpa ahli SMM dan Bebas selepas mendapat maklumat bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diiringi anggota polis.

"Saya berpendapat sekiranya saya menerima memorandum dari anggota SMM dan Bebas itu maka mereka akan bersurai dengan aman, terbukti jangkaan saya betul.

"Bagaimanapun, insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri hanya berlaku kira-kira satu jam selepas saya meninggalkan kawasan PWTC itu, dan perkara itu diketahui menerusi Twitter,” katanya.

Beliau berkata kementerian tidak menghalang kebebasan bersuara di kalangan penuntut IPT tetapi tindakan mereka amat dikesali dan berharap mereka segera meminta maaf kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.