saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2011

Isu turun bendera: UPSI ambil tindakan tegas


SEBAHAGIAN daripada ahli NGO serta wakil parti komponen BN yang mengadakan bantahan secara aman di pintu utama UPSI di Tanjung Malim, semalam.


TANJUNG MALIM 19 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa biadab menurunkan dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi kelmarin.

Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, pelajar itu dikenal pasti sebagai Adam Adli, 22, yang sedang mengikuti pengajian kursus Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di universiti tersebut.

Beliau menegaskan, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat tindakan pelajar tersebut yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sekali gus mencemarkan imej universiti pendidikan tertua negara itu.

''Saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa pihak universiti tidak merestui sama sekali perbuatan Adam yang tidak mencerminkan sikap seorang pelajar yang bertanggungjawab.

''Sebagai seorang bakal pendidik, tindakannya itu amat mengecewakan kami. Jawatankuasa penyiasat sudah ditubuhkan dan tindakan paling tegas akan diambil jika dia didapati bersalah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib yang mengetuai bantahan secara aman di hadapan pintu utama universiti itu hari ini.

Perhimpunan bantahan kira-kira 30 minit itu turut disertai ahli Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan wakil parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Tanjung Malim.

Kelmarin, kira-kira 200 ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa, antaranya menyekat kebebasan akademik, hak untuk berpolitik, kebebasan bersuara dan diberi autonomi menjalankan pilihan raya kampus.

Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, beberapa ahlinya ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri.

Bendera tersebut adalah salah satu daripada lima yang mengibarkan gambar Najib dan semua bekas Perdana Menteri dan mereka menggantikannya dengan bendera kumpulan mereka.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Norhidayah Harun berkata, tindakan Adam itu jelas mencemarkan nama baik universiti yang sebelum ini melahirkan ramai negarawan serta tokoh pendidik.

''Ia tidak ubah seperti kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Sebagai pelajar UPSI, kami amat malu dengan tindakannya yang tidak mencerminkan sikap seorang yang berpendidikan," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.