saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 20/12/2011

Ranking No. 1 Chong Wei tergugat

KUALA LUMPUR - Belum reda berita kegagalan Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Liuzhou, China Jumaat lalu, kini kedudukannya sebagai pemain No. 1 dunia pula bakal tergugat sekiranya gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia yang akan dilangsungkan pada 10 hingga 15 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pemain yang bakal menyingkirkan jaguh badminton negara itu, tidak lain tidak bukan ialah musuh ketatnya, Lin Dan yang semakin menghampiri pungutan mata yang dilakukan Chong Wei dengan hanya dipisahkan 10501.2 mata.

Chong Wei kini mengumpul 99147.3 mata, manakala jaguh dari negara tembok besar itu mengekori rapat dengan pungutan 88646.1 mata.

Lin Dan dan rakan senegara Chen Long serta Chen Jin telah mengesahkan penyertaan pada Terbuka Malaysia yang akan turut disertai sahabat baik Chong Wei, Taufik Hidayat dari Indonesia.

Setelah disekat pada separuh akhir oleh pemain muda China, Chen Long pada Siri Super Master, Chong Wei sekali lagi bakal berdepan ujian getir di hadapan penyokong sendiri bukan sahaja untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya lima tahun berturut-turut, malah kedudukan No. 1 dunia juga bakal dirampas.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mempamerkan aksi tidak bermaya di Liuzhou turut berhadapan tekanan untuk mengembalikan keyakinan terhadap kemampuan mereka sebagai beregu utama negara.

Kehadiran beregu China yang juga juara bertahan, Chai Biao-Guo Zhendong bakal menyaksikan pertemuan menarik pada kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai AS$400,000.

Dalam saingan wanita pula, Wang Yihan dan Wang Shixian juga dikhabarkan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut yang mana Shixian merupakan juara bertahan.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, penyertaan kali ini menerima maklum balas yang cukup positif di kalangan pemain yang berada pada ranking 10 terbaik dunia.

"Ini adalah penyertaan terbaik dalam sejarah dengan persaingan bagi merebut kejuaraan untuk pemain lelaki khususnya dilihat amat sengit," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.