saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/12/2011

Mahasiswa UPSI buat tiga laporan polis

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Polis telah menerima tiga laporan berhubung tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Sabtu lalu.

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh tiga wakil mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang percaya ia dilakukan oleh seorang daripada pelajar universiti tersebut ketika menghantar memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kepada UMNO.

Wakil mahasiswa itu adalah Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Menurut sumber, ketiga-tiga laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Tanjung Malim sebelum ia diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

"Wakil pelajar berkenaan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan tegas diambil terhadap mahasiswa terbabit kerana tindakan biadab yang dilakukan kepada Perdana Menteri.

"Malah mereka juga mendakwa mahasiswa terbabit juga bertanggungjawab mencemarkan nama baik UPSI dan pelajar lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bertindak menurunkan bendera Najib di pekarangan (PWTC) semasa menyerahkan memorandum bantahan berhubung AUKU kepada UMNO.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh Penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abd. Halim, 23, yang juga mahasiswa UPSI.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.