saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 21/12/2011

17,684 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa dapat 8A, Terengganu paling ramai


JAMIL Khir Baharom (kanan) bertanya sesuatu kepada guru Kafa, Bibi Bukhari sambil diperhatikan Daud Abdul Rahman pada majlis Multaqa Imam-Imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Negeri Sarawak di Kuching, semalam.


KUCHING 20 Dis. - Seramai 17,684 atau 9.3 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun ini berjaya mencatatkan keputusan 8A.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 0.62 peratus berbanding tahun lalu yang menyaksikan 15,167 atau 8.7 peratus calon mendapat 8A.

Katanya, calon paling ramai mendapat 8A adalah dari Terengganu iaitu seramai 4,212 calon diikuti Kelantan (4,074) dan Kedah (2,478).

"Keputusan UPKK 2011 menunjukkan terdapat 12 buah negeri telah mencapai keputusan cemerlang apabila mencatatkan kelulusan 100 peratus.

"Negeri terlibat ialah Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Melaka, Johor, Pahang dan Perlis," katanya ketika berucap merasmikan Multaqa Imam-Imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Negeri Sarawak di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Ir. Daud Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Putit Matzen dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Abang Shamsudin Abang Seruji.

Seramai 189,594 calon menduduki UPKK yang dikelolakan oleh Jakim pada 3 hingga 6 Oktober lalu.

Ia melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat masing-masing mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99 peratus diikuti Bidang al-Quran 97 peratus.

Katanya, keputusan itu menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan.

Mengenai prestasi keseluruhan pula, beliau berkata, seramai 189,590 calon atau 99.996 peratus lulus dan hanya tujuh pelajar atau 0.004 peratus sahaja yang gagal.

Pada sidang akhbar selepas itu, Jamil Khir berkata, kerajaan meluluskan 27 jawatan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) untuk negeri ini yang tidak pernah memiliki jawatan berkenaan sebelum ini.

Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu jawatan berkenaan di setiap daerah di seluruh negara kerana jumlahnya setakat hari ini hanyalah 78 orang.

"Antara bidang tugas mereka ialah menjadi penyelaras kepada aktiviti masjid seperti kelas agama, memberikan pandangan kepada masjid dan turut memantau aspek penyelenggaraan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:55
Zohor 1:17
Asar 4:39
Maghrib 7:13
Isyak 8:28



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.