saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 24/12/2011

Nippon perkenal cat kertas dinding tiga dimensi


Gladys Goh menunjukkan cat Nippon Momento di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. (Nippon Paint) mahu meneruskan penguasaan pasaran dalam pasaran cat di negara ini dengan memperkenalkan beberapa produk baharu yang menepati keperluan semasa, setiap tahun.

Bermula pada bulan ini, Nippon Paint telah memperkenalkan produk yang menjadi fenomena baharu di Malaysia iaitu cat kertas dinding tiga dimensi (3D) yang dinamakan Nippon Momento.

Setakat ini, Nippon Paint menguasai sebanyak 38 peratus daripada pasaran cat di negara ini.

Pengurus Besarnya, Gladys Goh berkata, pihaknya sangat aktif memperkenalkan produk baharu berbanding syarikat pesaing yang lain.

Katanya, pengenalan produk baharu amat penting bagi mencetuskan arah aliran di kalangan pemilik kediaman di negara ini.

''Kami merupakan syarikat yang inovatif dan sentiasa mencipta produk-produk baharu bagi menepati pasaran semasa.

''Kali ini, kami mahu menawarkan sesuatu yang baharu kepada para pelanggan iaitu pemandangan tiga dimensi terhadap dinding kediaman mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran cat kertas dinding Nippon Momento di sini baru-baru ini.

Nippon Momento merupakan produk inovatif hasil ciptaan Nippon Paint dengan kerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Milan, Itali.

Produk baharu ini didatangkan dalam empat variasi impak dan struktur warna iaitu Elegant, Sparkle Pearl, Sparkle Silver dan Sparkle Gold.

Selain tidak mempunyai bau, cat Nippon Momento ini tidak mengandungi plumbum, raksa, krom dan unsur logam berat yang membahayakan kesihatan.

Harga runcit yang disyorkan bagi setiap tin adalah RM105 dan cat-cat ini boleh didapati di semua pusat Colour Creation Nippon Paint Malaysia.

Kata Goh, pihaknya menyasarkan para pelanggan di kalangan pereka bentuk hiasan dalaman dan pemilik kediaman yang mementingkan keunikan dalam perhiasan dinding rumah.

Jelasnya, setakat ini, 60 peratus di kalangan pelanggannya merupakan pemilik kediaman manakala selebihnya di kalangan pereka bentuk kediaman dan industri.

Goh menambah, pihaknya akan melaksanakan banyak program promosi sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Katanya, selain pengiklanan, pihaknya perlu memberi pendidikan kepada komuniti Malaysia mengenai arah aliran penggunaan cat kertas dinding 3D ini.

''Saya berharap ia menjadi satu fenomena baharu di kalangan komuniti Malaysia dengan menjadikan cat kertas dinding 3D sebagai satu kemestian di dalam kediaman masing-masing,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.