saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/2011

Mansor Puteh sertai Pesta Filem Antarabangsa Fajr


MANSOR ketika berada di bandar Sana’a, Yaman ketika konflik tercetus di negara itu.


FILEM dokumentari arahan Mansor Puteh diundang menyertai Pesta Filem Antarabangsa Fajr di Tehran, Iran pada Februari depan. Filem ini diilhamkan dari pergolakan di negara-negara Arab dalam musim bunga lalu.

Banyak andaian telah dibuat tentangnya dan bagaimana ia berlaku. Tetapi tidak sesiapa yang tergerak untuk bertanya apakah ia boleh dihalangi dan tidak dibenarkan berlaku?

Mungkin para ahli politik dan pemimpin Arab dan Islam telah mengalami apa yang dikatakan kebuntuan dan mereka tidak tahu mentelaah apa yang mereka dapat saksikan.

Sudah tiba masanya untuk pengarah filem pula yang mencanangkan beberapa perkara untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu dunia Islam dan dunia Melayu.

Mansor dengan senyap-senyap pergi ke Sana’a, Yaman dalam bulan Mac lalu untuk menyaksikan dengan diri sendiri pergolakan yang berlaku di sana. Yaman tidak sama dengan negara Arab lain, ia masih belum mempunyai kesudahan dalam menyelesaikan pergolakan politiknya.

Oleh itu ia menjadi lebih menarik berbanding dengan negara-negara Arab lain yang sudah ada kepastiannya. Mansor menghasilkan dokumentari Writing in the Sand.

Dokumentari yang dibuat secara santai dan senyap-senyap ini telah dijemput ke Pesta Filem Antarabangsa Fajr di Tehran, Iran dari 1 hingga 11 Februari depan. Pesta filem antarabangsa ini hanya menjemput filem-filem yang ‘halal’ sahaja dan bukan yang memberi khayalan kepada umat dan penonton.

Ia ketengahkan filem yang menyentuh perkara-perkara yang penting untuk umat Islam. Malah filem awal Mansor berjudul, Seman (A Lost Hero) lakonan Nordin Kardi (bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia) telah dijemput ke pesta yang sama sebanyak dua kali pada 1992 dan 1994.

Kini Mansor sedang menerbit sebuah dokumentari tentang akhbar Utusan Malaysia berjudul, Utusan, Warisan Bangsa – Api Itu Terus Menyala.

Dalam dokumentari itu juga turut dimuatkan temubual dengan bekas wartawan Utusan, Othman Wok yang pernah menjadi menteri kabinet Singapura.

Mansor telah berjaya merakamkan pengkisahan oleh Othman Wok bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Penolong Ketua Pengarang I Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan serta Rosle Azmi di pejabatnya di The Concourse, Singapura.

– KU SEMAN KU HUSSAIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.